suria

Enam Rakyat Malaysia Ditahan Di Bangkok Atas Dakwaan Menipu

BANGKOK: Enam rakyat Malaysia termasuk seorang wanita ditahan di sini semalam kerana didakwa menipu di lapan buah negara.

Timbalan Pengarah Polis Pelancongan, Lt Kol Satit Promuthai berkata mereka ditahan di Suphalai Park di sini pada 11 pagi.

"Mereka meminta mangsa mereka memindahkan wang menerusi ATM ke dalam akaun mereka selepas menipu mereka untuk melabur dalam pasaran saham, untuk membayar yang didakwa hutang mereka atau meminta pembayaran bagi mengelak tindakan undang-udang oleh pihak berkuasa," katanya.

Beliau berkata polis masih menyiasat jumlah sebenar mangsa dari Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, Laos, Vietnam, Kemboja dan China serta jumlah wang yang mereka tipu.

"Kami sedang mengesan butiran menerusi komputer, modem dan dokumen yang dirampas daripada mereka," kata Satit.

Beliau berkata aktiviti kumpulan ini diintip oleh polis Thai sejak sebulan lalu setelah dimaklumkan oleh polis China. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Palestin Masih Perlukan 9 Undi

Artikel Lain