Singapura Negara Asia Pertama Ratifikasi Konvensyen Buruh Maritim 2006 - Dunia | mStar

Singapura Negara Asia Pertama Ratifikasi Konvensyen Buruh Maritim 2006

SINGAPURA: Singapura meratifikasi Konvensyen Buruh Maritim (MLC), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dengan mendapat sokongan penuh sekutu tiga pihak.

Sekutu itu ialah kesatuan pelaut dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan serta industri maritim dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura.

Perkembangan itu diumumkan oleh Setiausaha Kanan Parlimen bagi Tenaga Kerja dan Pendidikan Hawazi Daipi, pada Persidangan Buruh Antarabangsa di Geneva, Switzerland awal Selasa.

Semasa menyerahkan instrumen ratifikasi itu, Loh Khum Yean, Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga Kerja Singapura, berkata, "Singapura gembira dapat meratifikasi Konvensyen Buruh Maritim 2006 dengan mendapat sokongan penuh sekutu tiga pihak kami.

"Ini merupakan langkah penting bagi Singapura, kerana kami komited untuk mematuhi peruntukan Konvensyen bagi kapal berdaftar di Singapura dan kapal yang singgah di pelabuhan kami serta bagi mencapai keadaan tempat kerja selesa bagi pelaut."

Lam Yi Young, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura berkata: "Pelaut memainkan peranan penting dalam memperkasakan dunia perkapalan, dunia perdagangan dan ekonomi dunia."

Semasa menerima instrumen ratifikasi itu, Cleopatra Doumbia-Henry, Pengarah Piawaian Buruh Antarabangsa ILO, berkata: "Ratifikasi MLC, 2006, oleh Singapura, pelabuhan terbesar di dunia dan satu daripada 10 negara pelabuhan terbaik, menghantar isyarat penting kepada komuniti maritim global." Katanya Singapura adalah negara pertama dari benua Asia yang menerima Rang Undang-undang Hak Pelaut dan "kita semua tahu betapa pentingnya benua ini bagi perdagangan maritim dan ekonomi global".

Singapura adalah antara 10 negara pendaftar kapal terkemuka dunia dan dianggap sebagai negara pelabuhan berwibawa di dunia, terkenal dengan armadanya yang berkualiti dan memiliki pentadbiran maritim yang efisien.

Dengan ratifikasi oleh Singapura ke atas MLC, 2006, 13 negara anggota ILO telah meratifikasi Konvensyen penting itu, yang menggariskan piawaian minimum dan adil bagi keadaan tempat kerja selesa bagi pelaut di seluruh dunia.

Dijangka 30 ratifikasi bakal diperoleh sebelum akhir 2011, membayangkan MLC, 2006 akan dapat dikuat kuasa pada 2012. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain