suria

Warga Falkland Pilih Kerakyatan Argentina

BUENOS AIRES: Seorang lelaki kelahiran kepulauan Falkland - yang menjadi rebutan Britain-Argentina - melepaskan kerakyatan Britishnya pada Selasa untuk mendapatkan sijil kelahiran Argentina.

Perkara itu pertama kali berlaku di Kepulauan Falkland yang berada dalam gugusan pulau-pulau di Atlantik Selatan.

James Peck yamg merupakan seorang artis dilahirkan di Falkland pada tahun 1968 dan tinggal di ibu negeri Argentina sejak 2006 bersama isterinya yang berasal dari negara ini.

"Banyak yang telah saya fikirkan tetapi kehidupan saya adalah di sini bersama isteri dan anak-anak saya," katanya dalam bahasa Sepanyol.

Peck berusia 14 tahun apabila Argentina dan Britain berperang untuk mendapatkan hak milik kepulauan itu dan peritiwa itu boleh diserapkan dalam kerja-kerja seninya.

Pertukaran status itu diserahkan oleh Presiden Christina Kirchner dan dikatakan boleh menyemarakkan lagi pertelingkahan antara Argentina dan Britain yang merebut kepulauan itu pada tahun 1982.

London dan Buenos Aires meminta hak milik terhadap kepulauan yang mempunyai lebih kurang 3,000 prnduduk dan berada 450 kilometer dari pantai Argentina. Kepulauan itu dikenali sebagai Malvinas di kalangan penduduk tempatan.

Argentina mendakwa kawasan yang kenali sebagai Malvinas di kalangan penduduk tempatan itu adalah hak miliknya sejak tahun 1833.

Pertelinkahan antara dua negara itu semakin teruk pada tahun 2010 apabila Britain meluluskan aktiviti ketenteraan dan cari gali minyak di kepulauan itu. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Imam Ditembak Mati

Artikel Lain