suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Imam Ditembak Mati

MOSCOW: Seorang imam di wilayah Dagestan dekat Russia ditembak mati pada awal Selasa oleh beberapa lelaki bersenjata yang tidak dikenali, demikian menurut pihak penyiasat.

Ashurlav Kurbanov ditembak sebelum Subuh dekat satu kawasan perkampungan Mikheyevka yang berada berhampiran sempadan Chechnya apabila dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari satu kerja keagamaan.

"Kurbanov meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan daripada tembakan," kata Jawatankuasa Penyiasatan Russia dalam satu kenyataan.

Kejadian kejam itu berlaku seminggu selepas pembunuhan seorang professor universiti Islam di ibu negeri Dagestan, Makhachkala yang merupakan seorang pengkritik ajaran Wahhabi radikal.

Pembunuh juga menembak mati anak saudara professor itu.

Sejak permulaan tahun 2010, seramai 13 orang pemimpin agama telah dibunuh di Caucasus utara, menurut lam web Kavkaz Uzel yang memantau pergolakan di kawasan bergolak itu di mana kerajaan Russia sedang menentang pemberontakan masyarakat Islam.

Pelbagai kekacauan berlaku di Dagestan dekat selatan Russia semenjak negara jirannya, Chechnya mendapat semula kemerdekaan hampir satu dekad yang lalu. -AFP

Artikel Lain