suria

Kolaborasi mengancam yang tak disangka-sangka,nantikan di pasaran!

Mengancam... Nike dan 7-Eleven berkolaborasi menghasilkan SB Dunk Low x -Eleven.

SIAPA sangka jenama kasut terkenal Nike akan berkolaborasi dengan kedai serbaneka popular 7-Eleven.

Ya! Anda tak salah dengar malah Nike SB tampil dengan koleksi SB Dunk Low x -Eleven yang cukup mengancam dan mengejutkan ramai penggemar dua jenama itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Karya Kide Baharudin bawa budaya Kuala Pilah ke persada dunia

Ini sebenarnya bukan kali pertama Nike berkolaborasi menghasilkan rekaan eksklusif dan sebelum ini mereka pernah bekerjasama dengan Ben & Jerry, Travis Scott dan Strangelove Skateboards.



Koleksi istimewa ini bakal dijual kepada penggemar Nike tidak lama lagi.

Bagaimanapun gabungan Nike SB dengan 7-Eleven dianggap paling unik kerana perbezaan lapangan kedua-dua jenama ini.

Menampilkan tiga warna pengenalan 7-Eleven iaitu jingga, merah dan hijau pada rekaannya, kasut itu turut didatangkan dengan logo ikonik kedai serbaneka itu pada bahagian tepi belakang kasut.

Manakala lambang Nike dibiarkan berwarna putih selain jingga pada bahagian belakang kasut, hijau (tengah) dan merah mewarnai depan kasut.

Tali kasutnya juga didatangkan dalam pelbagai warna mengikut kegemaran pelanggan termasuk putih, merah, hijau dan jingga.

Tapi sabar dulu, masih belum ada pengumuman rasmi daripada kedua-dua jenama ini berhubung tarikh ia akan berada di pasaran. Tunggu!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain