suria

Wow! Karya Kide Baharudin bawa budaya Kuala Pilah ke persada dunia

Pelukis tempatan, Kide Baharudin terpilih untuk menghasilkan koleksi penuh bersama Vans.

JENAMA kasut buatan Amerika Syarikat iaitu Vans cukup popular sehinggakan menjadi kegilaan ramai terutamanya dalam kalangan remaja setiap kali ia muncul dengan koleksi terbaharu.

Memakai sepasang kasut Vans sudah cukup melengkapkan gaya dan meletakkan seseorang itu dalam kelas tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Terbang di awan biru... PMC x AirAsia: S.E.A. Pride tampil koleksi 7 pereka fesyen terkenal Asean

Terbaharu, anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang juga pelukis, Kide Baharudin diberi kepercayaan untuk mengeluarkan koleksi penuh iaitu kasut, pakaian dan aksesori untuk jenama terkenal itu.

Antara koleksi baju-T dan kemeja Vans X Kide.

Kide menjadi pilihan jenama berkenaan selepas pemuda berusia 30 tahun itu muncul sebagai pemenang pertandingan Vans Asia Custom Culture pada 2017 sekaligus terpilih sebagai artis untuk menceriakan acara House of Vans dengan hasil lukisannya.

Menerusi koleksi bersama Vans X Kide, Kide memberitahu ia dihasilkan berdasarkan tradisi, budaya dan sejarah tempatan khususnya di tempat dia dibesarkan.

Kide memberitahu dia banyak mengetengahkan situasi dan suasana di kampung ketika era 1950-an hingga 1970-an dalam koleksi tersebut.

"Setiap kali saya mengayuh basikal di kampung, saya membayangkan bagaimana keadaannya pada 1950-an, 60-an dan 70-an.

Kide mengangkat tradisi, budaya dan sejarah tempatan dalam koleksinya. 

"Saya banyak merujuk kepada zaman kanak-kanak ibu bapa saya untuk menghasilkan lukisan saya," katanya.

Hasil karya Kide, bukan sahaja akan dicetak pada kasut tetapi baju-T, seluar renang, beg dan topi yang sudah pun boleh dibeli menerusi laman web rasmi Vans.

Malah Instagram rasmi Vans yang mempunyai 18.1 juta pengikut turut mempromosikan koleksi terbaharu Vans X Kide dan ramai melahirkan rasa teruja dengan kolaborasi itu.

Vans, Kide Baharudin, Kuala Pilah, Mode, Fesyen

Artikel Lain