Nak rambut cepat panjang dan sihat? Tiga makanan ini mampu realisasikan impian wanita

Memiliki rambut panjang mengurai dan sihat memerlukan penjagaan yang rapi.

MEMILIKI rambut panjang mengurai dan sihat menjadi impian kebanyakan gadis.

Namun bukan semua orang bertuah mempunyai rambut panjang yang sihat tanpa sebarang kerosakan.

Tekstur dan jenis rambut juga berbeza-beza sama ada jenis kering, berminyak atau pun normal.

ARTIKEL BERKAITAN: Malu nak angkat tangan? Ini 4 cara senaman hilangkan lemak ‘goyang’ di lengan

Tahukah anda bahawa pemakanan antara penyumbang utama untuk mempercepatkan rambut menjadi panjang.

Menurut America Academy of Dermatology, setiap orang akan kehilangan 50 hingga 100 helai rambut sehari.

Kenali sumber makanan yang boleh percepatkan pertumbuhan rambut anda.

Telur

Telur mempunyai biotin yang membantu pertumbuhan rambut. Malah telur juga mempunyai kandungan vitamin D dan mineral.

Pengambilan telur juga boleh membantu percepatkan pertumbuhan rambut.

Minyak ikan

Kajian pada 2018 Mackerel-Derived Fermented Fish Oil Promotes Hair Growth by Anagen-Stimulating Pathways’ mendapati minyak ikan mempunyai asid docosahexaenoic, omega- fatty acid yang boleh percepatkan pertumbuhan rambut dan meningkatkan sesetengah aktiviti protein dalam badan.

Manakala bagi mereka yang mengamalkan diet vegan (sayuran) boleh mendapat dos omega-3 dari walnut, biji flak, biji chia dan minyak soya.

Minyak zaitun

Minyak zaitun antara petua untuk panjangkan rambut lebih cepat.

Minyak zaitun mempunyai khasiat dan nutrisi sendiri. Ia juga boleh melembutkan rambut yang sering kusam dan mengekalkan hitam secara semula jadi.

Teh hijau

Teh hijau mengandungi antioksidan yang dapat melancarkan aliran darah pada kulit dan membantu pertumbuhan rambut dengan lebih cepat.


Petua, Tip, Rambut Panjang

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain