Lama tak keluar rumah semasa PKP, mungkin beg tangan, kasut anda dah berkulat... Ini tip mencegahnya

Kulat cukup gemar hinggap di beg tangan atau kasut sekiranya ia disimpan dalam tempat gelap dan lembap.

MUSIM hujan boleh meningkatkan kelembapan pada udara sekaligus akan menyebabkan kulat dan bakteria mudah tumbuh pada barangan anda seperti beg tangan, kasut, jaket kulit dan pakaian,

Tambahan pula sekarang ini ramai yang tidak keluar rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi beg tangan serta kasut hanya terbiar dalam almari kerana tidak dipakai.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan lihat petugas hospital guna plastik lindungi diri, Radzuan Radziwill jahit sendiri PPE

Cubalah rajin-rajin menjenguk khabar beg tangan dan kasut anda - mungkin sudah tumbuh kulat, tambahan pula sekarang ini sering hujan pada waktu petang.

Sebenarnya ada beberapa cara bagi mengelakkan pertumbuhan kulat pada barangan kesayangan anda termasuklah;

Kulat yang muncul pada beg tangan anda disebabkan udara yang lembap dan disimpan dalam tempat gelap.

1. Keluarkan barang-barang anda daripada tempat simpan tertutup

Meskipun anda tak guna barang-barang seperti disebut, keluarkan ia daripda almari untuk mencegah pertumbuhan kulat. Ini kerana kulat berkembang ditempat gelap dan lembap seperti kotak dan almari.

Sebaik-baiknya, biar barangan anda terutamanya yang diperbuat daripada kulit terdedah kepada cahaya.

2. Peredaran udara

Pastikan barang anda berada di tempat yang terdedah kepada peredaran udara yang baik. Alat seperti humidifier boleh digunakan untuk mencegah kulat.

Letakkan barang-barang anda ditempat dengan perudaran dan cahaya yang baik. 

3. Bersihkan kulat yang melekat

Jika barang kesayangan anda sudah berkulat, cuba bersihkan. Sekiranya kotoran itu tidak dapat dibersihkan ia adalah 'ibu' kulat.

4. Susun barang dengan rapi

Susun barang-barang anda dengan rapi di ruang yang mempunyai peredaran udara dan cahaya. Ini kerana semakin penuh almari anda, semakin tinggi kemungkinan kulat akan hinggap pada barang anda.

Untuk kasut, elakkan menggunakan sarung plastik bagi melindungi kasut anda sebaliknya gunalah penutup kain yang memiliki peredaran udara.

Mode, Kulat, Beg Tangan, Kasut

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain