suria

Mood positif bekerja dari rumah... apa kata jadikan detik awal berhenti merokok!

PKP tempoh paling sesuai untuk berhenti merokok.

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu perlu diambil daripada sudut positif.

Bagi yang bekerja dari rumah, ini adalah waktu untuk menjadikan hidup anda lebih bermakna tanpa rokok seperti disarankan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Memang diakui, bekerja dari rumah boleh mendatangkan stres memandangkan situasinya amat berbeza berbanding di pejabat yang ada rakan sepejabat untuk kita bertukar-tukar pendapat secara langsung.

Sebaliknya, bekerja di rumah hanya anda seorang sahaja yang tahu selok-belok pasal kerja yang perlu dibuat sampai satu tahap ia boleh mendatangkan stres.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan biarkan diri anda kusam bekerja di rumah, cuba 5 langkah ini!

Apabila stres, fikiran anda tidak menjadi tidak tenang dan boleh jadi cepat naik angin… seterusnya rokoklah yang dicari.

Berhenti merokok

Anda perlu bijak mengendalikan stres ketika bekerja dari rumah.

Apa kata, sepanjang tenpoh PKP ini ia menjadi permulaan untuk anda berhenti merokok.

Mungkin sukar, namun percayalah ia boleh dilakukan jika mental anda kuat. Ia bukan bermakna anda perlu berhenti secara mengejut, sebaliknya mulakan dengan kiraan berapa batang rokok sehari yang anda hisap.

Daripada sekotak sehari mungkin boleh bertahan untuk tiga hari. Ia mungkin mengambil masa, tetapi tidak rugi jika anda mencuba.

Percayalah jiwa anda, mood anda dan fikiran anda akan lebih tenang tanpa nikotin dalam badan!

Untuk mendapatkan mood yang baik ketika bekerja di rumah, apa kata tukar penampilan seperti berada di pejabat.

Pakaian kemas

Untuk menyokong usaha ini, apa kata mulakan hari anda sebelum bekerja di rumah dengan mandi dan bersihkan diri.

Seterusnya pakailah baju kegemaran anda kerana berada di rumah lebih bebas ketika bekerja.

Tidak salah jika anda memakai pakaian yang kemas seperti berada di pejabat kan, sekurang-kurangnya ia boleh memberi  semangat untuk anda bekerja dengan selesa!

Artikel Lain