Wow! Terbang di awan biru... PMC x AirAsia: S.E.A. Pride tampil koleksi 7 pereka fesyen terkenal Asean - Mode | mStar

Wow! Terbang di awan biru... PMC x AirAsia: S.E.A. Pride tampil koleksi 7 pereka fesyen terkenal Asean

Antara koleksi 'PMC x AirAsia: S.E.A. Pride' yang kini sudah pun berada di pasaran.

SEBELUM ini label pakaian tempatan terkenal, Pestle & Mortar Clothing (PMC) tampilkan koleksi gaya streetwear inspirasi daripada rangkaian makanan segera kegemaran ramai iaitu KFC.

Kini PMC berkolaborasi pula dengan syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia, AirAsia dengan melancarkan koleksi dikenali sebagai 'PMC x AirAsia: S.E.A. Pride'.

ARTIKEL BERKAITAN: Stailo! KFC X Pestle Mortar... bukti cinta anda kepada ayam goreng

Menariknya ia adalah koleksi kapsul eksklusif bagi meraikan kemegahan rantau Asia Tenggara menerusi budaya, sejarah dan penduduknya.

Antara rekaan baju T yang menarik daripada koleksi PMC x AirAsia: S.E.A. Pride.

Bagi mengetangahkan kelainan pada setiap koleksi, PMC dan AirAisa memilih tujuh pereka fesyen dari Asia Tenggara bagi mewakili negara masing-masing untuk menghasilkan rekaan masing-masing.

Selain Malaysia menerusi Pestle & Mortar Clothing, ia turut melibatkan rekaan dari Vietnam (Headless), Kemboja (Lisa Mam dan Peap Tarr), Thailand (Mamablues), Filipina (Don’t Blame The Kids) dan Singapura (Sam Lo).

Menerusi pelancaran yang diadakan di REXKL, Kuala Lumpur baru-baru ini, kesemua koleksi itu nyata berbeza dan jelas dapat dilihat kreativiti kesemua pereka dalam mengekspresikan erti Asia Tenggara melalui gaya rekaan mereka.

Pengasas bersama Pestle & Mortar Clothing, Hugh Koh (lima dari kiri) dan ketua penjenamaan kumpulan AirAsia, Rudy Khaw (lima dari kanan) bersama model yang menggayakan koleksi terbaharu PMC x AirAsia: S.E.A. Pride.

Koleksi itu mengetengahkan tujuh pakaian dan aksesori seperti tiga helai baju T, sebuah topi, tag bagasi, beg dan set pin dengan tiga rekaan berbeza.

Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas bersama PMC, Hugh Koh berkata, menerusi koleksi terbaharu itu, kesemua pereka dapat bercerita menerusi rekaan mereka yang dapat menjadi buah mulut ramai, selain menunjukkan kemampuan bakat di Asia Tenggara.

Malah kata Hugh, kerjasama dengan AirAsia juga sangat istimewa kerana ia sempena sambutan ulang tahun ke-10 jenama itu dan berbangga dapat mengetengahkan kisah di rantau ini.

Beg dan tag bagasi antara aksesori yang turut dijual. 

Bagi Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia, Rudy Khaw pula, pihaknya berharap kolaborasi itu dapat mengangkat jenama rantau Asia Tenggara dengan lebih baik selepas ini.

Kata Rudy, kerjasama ini juga diharap dapat membuka peluang kepada pereka fesyen di rantau ini untuk mengembangkan karier dan jenama mereka pada masa depan.

"Kerjasama ini diharap bukan sahaja akan menggalakkan lebih ramai pereka di Asean untuk mencari cara baharu dalam mengetengahkan jenama dan warisan mereka," katanya.

Koleksi PMC x AirAsia: S.E.A. Pride kini boleh dibeli di dalam penerbangan terpilih AirAsia selain di butik Major Drop Sunway Pyramid, Major Drop Midvalley, pestelmortarclothing.com dan ourshop.com.

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain