suria

Tinggalkan produk mahal... air beras penyelamat wajah anda

Air cucian beras boleh digunakan sebagai alternatif kepada masalah kulit muka.

SETIAP orang mempunyai jenis kulit muka yang berbeza-beza, sekaligus menjadikan sukar mendapatkan produk sesuai untuk wajah anda.

Banyak duit sudah dilaburkan untuk memberi pelbagai produk muka demi untuk kelihatan cantik, namun agak hampa kerana ia bukan seperti yang diharapkan.

Seperti yang anda sedari, harga set produk muka bukanlah murah, malah ada yang mencecah ribuan ringgit.

ARTIKEL BERKAITAN: Tapak tangan anda kasar? Apa kata cuba kelapa parut, hampas kopi untuk atasi masalah itu

Jadi apa kata anda berhenti dulu menggunakan produk-produk kecantikan yang kebanyakannya mempunyai bahan kimia berbahaya.

Sebaliknya, tukar rutin harian menjaga muka anda kepada cara tradisional dengan menggunakan air beras memandangkan ia mempunyai pelbagai kebaikan dan kaya dengan mineral, antioksida, vitamin B dan E.

Air beras petua mudah untuk menjadikan wajah anda sentiasa bersih dan licin.

Antara kelebihan air beras:

*Boleh digunakan sebagai pelindung cahaya matahari secara semulajadi.

*Sesuai untuk kulit muka yang sensitif. Ia secara semula jadi menyembuhkan keradangan kulit, ruam dan membantu merawat jerawat.

*Ia juga boleh mengecil liang pori muka anda disebabkan kesan bekas jerawat.

*Boleh dijadikan sebagai pencuci muka harian seterusnya menjadikan kulit muka anda licin dan tegang.

Cara menggunakannya:

Simpan air cucian beras itu dalam peti sejuk sebelum menggunanya dengan kapas muka. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air bersih.

Air Beras, Petua, Jerawat, Licin, Wajah

Artikel Lain