suria

Tapak tangan anda kasar? Apa kata cuba kelapa parut, hampas kopi untuk atasi masalah itu

Sesetengah golongan wanita tidak selesa jika tapak tangan kelihatan kasar.

ORANG tua-tua ada berkata, kalau ingin mencari jodoh, pilihlah wanita yang mempunyai tapak tangan kasar kerana dia rajin melakukan kerja-kerja rumah.

Sejauh mana benarnya tanggapan itu terpulang kepada persepsi masing-masing.

Namun hakikat sebenarnya, ramai kaum wanita mengeluh kerana tapak tangan kasar dan memilih untuk memakai losen bagi mengembalikan kelembutan bahagian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mengandung! Nak pakai produk kecantikan, pastikan elak 5 bahan ini

Tetapi tahukah anda, sebenarnya terdapat pelbagai tip mudah secara tradisional untuk melembutkan kembali tapak tangan itu.

1. Hampas serbuk kopi

Serbuk kopi boleh digunakan sebagai bahan untuk melembutkan kulit.

Kopi mengandungi khasiat yang boleh membuang sel-sel kulit mati, bukan sahaja boleh melembapkan kulit. Jadi gosoklah hampas serbuk kopi ini perlahan-lahan pada tangan anda.

2. Limau nipis

Limau nipis bukan sahaja dijadikan sebagai minuman atau penambah rasa dalam masakan, sebaliknya ia dapat membantu melembutkan kembali sel-sel kulit mati di bahagian tapak tangan serta tumit kaki anda.

Limau boleh membuang sel-sel mati pada kulit anda.

3. Kelapa parut

Jangan buang sisa kelapa parut yang anda gunakan untuk mendapatkan santan kerana ia sangat berguna untuk melicinkan bahagian kulit anda yang kasar. Gosok di bahagian bermasalah atau boleh juga di kulit badan yang lain.

Kelapa parut boleh membantu membersihkan sel-sel kulit mati di bahagian tapak tangan dan kaki.

4. Minyak zaiton

Gunakan sedikit minyak zaiton yang dicampur dengan air suam. Rendamkan tangan anda beberapa minit. Ia boleh mengembalikan kelembapan tapak tangan anda.

Tangan licin, kasar, petua

Artikel Lain