Stailo! KFC X Pestle Mortar... bukti cinta anda kepada ayam goreng - Mode | mStar

Stailo! KFC X Pestle Mortar... bukti cinta anda kepada ayam goreng

11 koleksi KFC X Pestle & Mortar buat penggemar ayam goreng restoran makanan segera itu.

PENGGEMAR ayam goreng KFC kini boleh meluahkan rasa cinta kepada restoran makanan segera itu, tetapi bukan dengan menunya, sebaliknya penampilan gaya streetwear.

Buat julung kalinya, KFC berkolaborasi dengan label pakaian tempatan terkenal, Pestle & Mortar Clothing (PMC) dengan menghasilkan 11 koleksi khas tersebut.

Kolaborasi itu didedikasikan kepada rakyat Malaysia sebagai penghormatan sejak restoran makanan segera itu mula bertapak 46 tahun lalu di Malaysia.

"Diilhamkan oleh rakyat Malaysia, dibuat oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia," kata Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Angelina Villanueva.

Edisi terhad ini dihasilkan ekselusif buat penggemar KFC.

Paling penting hasil jualan daripada koleksi terhad ini akan didermakan terus kepada Add Hope Malaysia dan penggemar KFC boleh mendapatkan barangan tersebut menerusi butik Major Drop di Sunway Pyramid atau dalam talian www.pestlemortaclothing.com.

Berikut adalah 11 koleksi khas KFC X Pestle & Mortar;

1. Atuk Sanders Tee

Baju ini menampilkan figura Colonel Sanders atau Atuk (nama jolokan diberikan oleh rakyat Malaysia) yang memakai kain pelikat, bertongkat serta bersongkok.

2. KFC x PMC Flying Mechanic Tee

The KFC x PMC Flying Mechanic Tee menampilkan dua rekaan klasik dalam sehelai baju yang sama - logo KFC Bucket yang dekat di hati pelanggan dan logo PMC Flying Mechanic dibahagian belakang.

3. Kepci Jalan Larut Tee

'Kepci' adalah sebutan biasa dalam kalangan penggemar KFC di Malaysia dan rekaan ini turut memberi penghormatan kepada salah satu cawangannya iaitu di Jalan Larut, Pulau Pinang.

4. Kebaya Lady Hoodie

Hoodie ini adalah simbolik kepada kepelbagaian kaum di Malaysia. Kita mungkin bercakap bahasa berbeza-beza namun apabila berkaitan ayam yang lazat semua orang bercakap bahasa yang sama!

5. Nostalgia Hoodie

Hoodie ini pula bakal membuatkan kita terkenang kembali restoran KFC yang pertama dibuka di Malaysia dan merasai keenakan ayam goreng O.G. sejak itu. Masa berubah namun resepi Atuk kekal sama sehingga hari ini.

6. The Complete Meal Bowling Shirt

Dari Atuk ke Kebaya Lady, baju T Complete Meal Bowling memperlihatkan semua perkara yang kita suka tentang KFC dalam sehelai baju T yang sama. Ia boleh jadi pembuka perbualan terbaik si pemakai dengan penggemar KFC yang lain!

7. Bow Tie Bomber

Ia bukan sekadar jaket biasa sebaliknya menampilkan elemen daripada KFC, PMC dan Malaysia selain bow tie yang menjadi pengenalan kepada Atuk!

8. Golden Perfection Baseball Cap

Topi ini menjelaskan semuanya tentang KFC: sedap, ayam keemasan yang disusun cantik dalam bucket ikonik KFC. Ia mengembalikan zaman kegemilangan jenama itu.

9. O.R Reversible Bucket Hat

Nak ori ke spicy? Dapatkan topi O.R. Bucket Hat yang boleh digunakan kedua-dua bahagian dan tetap kelihatan bergaya!

10. Under Pressure Tote Bag

Tidak hanya pakaian, koleksi ini turut memperkenalkan rekaan beg tote dengan logo periuk tekanan ikonik KFC dengan tagline dalam pelbagai bahasa.

11. Dinner Plate Pins

Bagi yang gemarkan aksesori, koleksi The Dinner Plate Pins sesuai untuk anda. Pelbagai pin diperkenalkan dan sudah tentu Original Recipe, Drumstick, Cheezy Wedges dan KFC Chicken.

KFC , Pestle & Mortar Clothing

Artikel Lain

Sufi selamat bergelar suami Nurulain