Masalah siku, lutut hitam? 5 kaedah ini boleh bantu anda... hanya guna bahan semulajadi - Mode | mStar

Masalah siku, lutut hitam? 5 kaedah ini boleh bantu anda... hanya guna bahan semulajadi

Siku hitam atau berparut boleh dihilangkan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

KULIT hitam di bahagian siku dan lutut sering menjadi masalah dan biasanya ia sukar dihilangkan meskipun pelbagai produk telah digunakan.

Walaupun masalah itu boleh ditutup dengan memakai pakaian menutup siku dan lutut namun kaedah penyelesaian itu bersifat sementara.

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah jerawat tidak berkesudahan? Ini 5 tip cuci wajah guna cuka epal

Tapi jangan bimbang, siku dan lutut hitam boleh dihilangkan menggunakan bahan semulajadi dalam memberikan tona warna rata kepada dua bahagian tersebut.

1. Lemon

Buah ini bukan sahaja digunakan untuk memasak tetapi juga sangat baik untuk merawat masalah kulit. Caranya mudah, potong lemon kepada dua bahagian dan gosok ke siku dan lutut selama 10 minit.

Cuci dengan air bersih dan ulang kaedah ini selama dua minggu untuk melihat kesannya.

2. Campuran lemon, madu, dan serbuk penaik

Masih menggunakan lemon tetapi kali ini perah jus lemon dan dicampur dengan madu dan serbuk penaik. Biarkan campuran itu sebati selama 10 minit sebelum di sapu ke bahagian berkaitan.

3. Timun

Timun bukan sahaja membuka selera ketika makan tetapi bermanfaat bagi merawat masalah kulit. Seperti lemon, potong timun dan gosokkan pada lutut dan siku selama 5 ke 10 minit.

Biarkan ia mengering seketika sebeulum dibilas dengan air bersih. Sebaiknya lakukan proses ini setiap hari.

4. Kunyit

Selain timun dan lemon, serbuk kunyit juga sangat baik bagi memperbaiki masalah kulit kusam. Hanya campurkan kunyit dengan sedikit susu tepung dan air sebelum disapukan ke bahagian siku dan lutut.

Biarkan ia kering sebelum dicuci menggunakan air suam.

5. Aloe Vera

Biasanya aloe vera akan digunakan untuk melembutkan rambut tetapi sebenarnya ia juga boleh digunakan pada kulit. Campurkan aloe vera dengan susu, sapukan pada siku dan lutut.

Paling baik biarkan semalaman sebelum dicuci dan sapukan bahan pelembap seperti losyen aloe vera untuk mendapatkan kesan terbaik.

Kulit , Siku , Lutut , Lemon , Aloe Vera , Timun

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain