Masalah jerawat tidak berkesudahan? Ini 5 tip cuci wajah guna cuka epal - Mode | mStar

Masalah jerawat tidak berkesudahan? Ini 5 tip cuci wajah guna cuka epal

Kandungan asid organik seperti lactic, citric, malic acids dan acetic acid dikatakan efektif membunuh bakteria penyebab jerawat.

TERDAPAT pelbagai petua untuk merawat masalah jerawat namun pernahkah anda terfikir untuk menggunakan cuka?

Baunya sahaja barangkali membuatkan anda berfikir dua kali untuk menyapu cuka ke wajah malah pakar dermatologi dari New York, Sejal Shah juga memberitahu tiada kajian khusus mengenai keberkesanan kaedah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pentingkah cuci rambut dengan syampu selepas berenang? Ini jawabnya!

Pun begitu, itu bukan bererti anda tidak boleh mencubanya malah ramai pakar dalam bidang ini menyarankan cuka epal sebagai salah satu bahan yang membantu menghilangkan jerawat.

Ini kerana dalam cuka epal itu sendiri mempunyai banyak khasiat termasuk anti bakteria dan keratolik yang mampu menghilangkan parut dan luka jerawat.

Seorang pakar dermatologi, Ellen Marmur pula memberitahu, cuka epal kaya dengan asid organik seperti lactic, citric, malic acids dan acetic acid yang efektif membunuh bakteria penyebab jerawat.

Penggunaan cuka epal bukan sahaja dapat menghilangkan jerawat tetapi mematikan sel kulit mati di wajah.

Kandungan alpha hydroxy acids (AHAs) di dalamnya juga mampu menjadikan kulit anda lebih mulus, mematikan sel-sel kulit mati dan menghasilkan lapisan kulit yang sihat.

Cara menggunakan cuka epal pada wajah

1. Jangan terus menyapu cuka epal pada wajah sebaliknya cuba dahulu pada bahagian lain seperti lengan atau tengkuk bagi memastikan anda tiada alahan terhadapnya.

2. Jika kulit tidak menunjukkan tanda-tanda elergi, campurkan cuka epal dengan sedikit air (jika mempunyai kulit sensitif tambah lebih air).

3. Sapu campuran itu tadi ke bahagian wajah yang bermasalah dan sebaik-baiknya celup cuka epal itu menggunakan kapas muka.

4. Selepas selesai biarkan selama lima hingga 15 minit sebelum membilas wajah menggunakan air bersih.

5. Lakukan proses itu sebanyak tiga kali seminggu dan sapukan pelembab selepas selesai mencuci wajah.

cuka epal , jerawat , Mode

Artikel Berkaitan

Artikel Lain