Anda seorang yang positif, tenang atau berkuasa? Kenali personaliti menerusi 7 pilihan warna baju - Mode | mStar

Anda seorang yang positif, tenang atau berkuasa? Kenali personaliti menerusi 7 pilihan warna baju

Pemilihan warna baju tertentu turut melambangkan personaliti si pemakai. Gambar Kredit SHUTTERSTOCK

SETIAP daripada kita pasti mempunyai warna kegemaran ketika memilih baju untuk dipakai. Tanpa disedari pemilihan itu sebenarnya menggambarkan banyak perkara tentang personaliti kita.

Bukan sahaja personaliti, malah warna baju juga boleh menentukan tahap keyakinan, karier dan masa depan seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pentingkah cuci rambut dengan syampu selepas berenang? Ini jawabnya!

Mode minggu ini menyenaraikan tujuh maksud daripada warna pakaian yang sering menjadi pilihan seharian.

1. Biru

Biasanya kaum lelaki lebih gemar memilih warna biru yang melambangkan kelelakian namun sebenarnya rona itu menggambarkan kepercayaan dan sifat persaingan dalam diri seseorang.

2. Merah

Pemilihan warna merah dianggap dapat membuatkan seseorang menarik malah disukai oleh kaum wanita. Menurut penulis Andrea Pflaumer, rona itu juga melambangkan kekuatan seseorang.

Jadi warna itu sebenarnya adalah pilihan bagus bukan sahaja untuk keluar bersama si dia tetapi juga sesuai untuk ke pejabat dalam melambangkan kekuatan dan sisi berani anda.

3. Kelabu dan hitam

Ramai merasakan dua warna ini melambangkan kesedihan tetapi sebenarnya ia adalah warna elegan namun sederhana.

Dalam kesederhanaan itu, hitam dan kelabu turut menyatakan si pemakai seorang yang berkuasa dan tidak suka berada di zon selesa namun memiliki sifat pendamai terutamanya kepada mereka yang gemar mengenakan sepersalinan rona hitam.

Terdapat pelbagai warna baju yang menjadi pilihan mengikut kegemaran masing-masing. 

4. Hijau

Penggemar warna hijau dikaitkan dengan seorang yang mempunyai pendirian selain sifat survival yang tinggi disamping tenang dan yakin. Oleh itu juga kita digalakkan memakai warna hijau bagi memberi aura tersebut dalam diri.

5. Merah jambu

Menurut pakar warna, Jennifer Thoden, merah jambu adalah warna yang mudah dipadankan dengan rona lain selain menunjukkan sikap ramah si pemakai.

Jadi warna itu sangat sesuai dipakai ketika menghadiri majlis sosial bagi menunjukkan sisi lembut dan mudah didekati oleh orang lain.

6. Kuning

Kuning mungkin jarang menjadi pilihan kebanyakan daripada kita kerana warnanya yang terang tetapi orang yang suka kepada rona ini adalah seorang yang menyenangkan, positif dan bahagia.

7. Putih

Setiap daripada kita pasti mempunyai sehelai kemeja atau baju T berwarna putih dalam almari yang melambangkan kesucian dan keikhlasan si pemakai.

Baju T , Warna , Rona , Personaliti , Fesyen , Mode

Artikel Berkaitan

Artikel Lain