suria

Salun tutup... bukan masalah besar sebenarnya! Ikuti 5 tip mudah apa yang boleh anda dilakukan di rumah

Di rumah juga rambut boleh dipotong dengan gaya sendiri.

LEBIH enam minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pasti ramai daripada kita terutamanya kaum lelaki yang mula berasa rimas dengan rambut sendiri!

Apatah lagi PKP disambung lagi sehingga 12 Mei membuatkan kita tidak dapat pergi ke salun atau kedai gunting rambut yang ditutup sepanjang tempoh itu.

Tidak hairan, ramai yang mengambil jalan memotong rambut mereka sendiri di rumah dengan bantuan isteri atau anak kerana sudah tidak tahan dengan rambut yang semakin panjang.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai anggap kelakar, realitinya syarikat Jepun memang hasilkan mask guna coli!

Tapi adakah mereka melakukan dengan cara yang betul dan mengikut citarasa anda?

Sebenarnya terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memotong rambut sendiri termasuk mencuba beberapa teknik lain;

1. Menggunakan gunting tajam

Terdapat gunting khusus untuk memotong rambut dan bukannya menggunakan gunting dapur atau gunting anak-anak membuat kerja kraf!

Menurut pakar rambut, Jens Dagne, penggunaan gunting yang tidak sesuai boleh menyebabkan rambut anda rosak dan menyebabkan ia bercabang selepas seminggu.



Mesin potong rambut kelebihan buat anda bagi tersalah potong.

2. Mesin rambut

Bagi yang mempunyai mesin potong rambut ini adalah kelebihan buat anda bagi mengelakkan tersalah potong. Ini kerana mesin itu mempunyai mata sikat yang berbeza ukuran.

Jika tak kisah, botakkan sahaja kepala anda! Kepala pun ringan!

3. Cuba gaya berbeza

Sebelum potong rambut, apa kata cuba selidik dulu gaya yang diinginkan dan inilah masanya untuk mencuba gaya berbeza.

Barangkali memotong rambut bukan jawapan untuk masa ini. Bagi berambut panjang, apa kata cuba gaya seperti mengikat rambut atau menggunakan aksesori seperti selendang untuk dijadikan sebagai turban.

Manakala bagi lelaki berambut pendek, gel dan wax mungkin sudah memadai berbanding memotong secara terburu-buru.



Tidak perlu terburu-buru memotong rambut.

4. Jaga kesihatan rambut

Rambut yang panjang sebenarnya bukanlah satu masalah kerana paling penting anda menjaga kesihatannya. Jika takut tersalah potong, disarankan anda trim hujung rambut sahaja kerana biasanya bahagian itu yang mudah rosak dan bercabang.

Selepas potong, pastikan anda guna syampu dan perapi yang sesuai bagi memastikan rambut anda sentiasa lembap dan mengelak ia daripada bercabang.

Mana tahu, selepas PKP nanti, rambut anda bukan sahaja panjang tapi cantik berseri.

5. Hati-hati mewarna rambut

Waktu inilah nak cuba pelbagai gaya dan warna rambut! Tapi jangan terburu-buru kerana jika anda menggunakan produk yang tidak sesuai ia boleh menyebabkan kerosakan dan rona diharapkan tidak menjadi!

Jika anda menggunakan produk sesuai untuk mewarna rambut, sebaik-baiknya selepas membilas, jangan basuh rambut anda selama dua hari. Ia bukan sahaja mengekalkan warna tapi menjaga kesihatan kulit kepala daripada sebarang luka dan kegatalan.

Potong rambut, dirumah, PKP

Artikel Lain