Aidilfitri gaya Covid-19, pereka fesyen tampil dengan topeng sedondon baju raya... fesyen oversize nampak selesa!

Aksesori topeng muka pelengkap gaya pada Syawal. Foto Instagram @behatico

BERSESUAIAN dengan penularan wabak Covid-19 ketika ini, seorang pereka fesyen tampil menghasilkan topeng muka sebagai aksesori tambahan yang disifatkan sebagai mesti dimiliki sebagai pelengkap gaya menjelang 1 Syawal nanti.

Pereka fesyen, Kel Wen Tan, 24, memberitahu koleksi baju Melayu dilengkapi topeng muka yang sepadan bukan sahaja untuk faktor keselamatan tetapi bertujuan untuk membuat pernyataan fesyen.

Tidak hanya mementingkan elemen semasa dalam rekaannya, Kel memberitahu dia tetap menitikberatkan teknik jahitan pada baju Melayu iaitu kekek, pesak dan cekak musang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kolaborasi mengancam yang tak disangka-sangka, nantikan di pasaran!

"Satu-satunya perbezaan pada rekaan ini adalah ia dihasilkan lebih besar daripada ukuran badan dan paling penting ia mudah digayakan dengan seluar pelbagai variasi.

Rekaan baju Melayu bukan sahaja untuk lelaki tetapi wanita yang lengkap dengan topeng muka sedondon.

"Memandangkan ketika ini kita sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19, saya memperkenalkan topeng kain yang padan dengan 'baju oversize' dan memakai seluar berlainan warna," katanya.

Kel memberitahu, rekaan 'baju oversize' yang viral di media sosial tahun lalu turut memberi inspirasi kepadanya untuk tampil dengan sweater dengan potongan sama.

"Bekerja dalam industri fesyen, saya banyak diundang ke rumah terbuka, di mana saya lebih suka tidak muncul dengan baju Melayu tradisional kerana secara peribadi saya merasakan ia seperti kostum.

"Menerusi kajian yang saya buat, saya mendapati bahawa baju Melayu bukan hanya dipakai pada hari raya sahaja," ujarnya.

Atas sebab itu, Kel mengambil inisiatif untuk memasukkan elemen moden ke dalam rekaan tradisional itu.

Antara rekaan lain bersempena hari raya.

Sementara itu, pereka fesyen itu mengakui penjualan baju Melayu rekaannya agak perlahan ketika ini memandangkan penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, trend pembelian kembali meningkat sejak Ramadan kerana ramai mula bersemangat menyambut 1 Syawal tidak lama lagi.

Dalam perkembangan sama, Kel memberitahu akan mengadakan aktiviti amal bagi mengumpul pakaian tradisional untuk disumbangkan kepada rumah anak yatim dan gelandangan.

Usaha ini katanya, untuk mengingatkan kita semua tentang erti sebenar perayaan itu selain bersyukur dengan apa yang kita ada dan berkongsi kegembiraan dengan orang lain.

"Tradisi perlu diteruskan kerana inilah yang menjadikan kita rakyat Malaysia dan kita harus menunjukkan semangat saling membantu.

"Sekiranya anda mempunyai pakaian raya yang sudah tidak dipakai dan dalam keadaan baik, sumbangkanlah untuk kegembiraan orang lain," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain