suria

Anda ada masalah 'betis strawberi'? Jom cuba serbuk kopi antara tip mudah licinkan kulit kaki

Ramai mengalami masalah 'betis strawberi' selepas bercukur.

MEMILIKI betis yang licin merupakan idaman setiap gadis kerana ia boleh memberi keyakinan diri dalam apa sahaja yang dipakai.

Mencukur bulu betis adalah langkah yang selalu diambil bagi memastikan ianya kelihatan licin dan bersih, namun ada sesuatu yang merimaskan diri anda selepas bercukur.

Sekiranya anda menggunakan pencukur yang lama, atau bercukur diarah yang salah ia boleh menyebabkan kulit anda kelihatan berbintik-bintik hitam yang dipanggil 'betis strawberi'.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulihkan wajah kusam ‘berkurung’ hanya dengan 2 barang di dapur

Ia pasti menyebabkan anda 'geram' seperti ingin mencabutnya satu persatu. Namun awas, ia boleh menyebabkan luka di bahagian itu.

Pun begitu, anda tidak perlu risau memandangkan beberapa tips di bawah ini boleh mengembalikan senyuman apabila melihat betis licin tanpa sebarang tanda tanda bintik strawberi.

Mentega Susu



Buttermilk membantu melembutkan lapisan kulit.

Campurkan mentega susu ke dalam sebuah baldi bersama air dan rendamkan kaki anda ke dalamnya. Gosok bahagian betis itu selama 10 minit. Ia boleh melembutkan bahan betis anda serta membantu membuka pori-pori kulit yang menyebabkan bulu tersekat itu.

Baking soda

Tip paling mudah untuk menghilangkan zarah kulit mati dengan menggosok serbuk baking soda yang dicampur dengan air di seluruh betis anda.

Serbuk kopi



Serbuk kopi mempunyai pelbagai khasiat kecantikan.

Menggunakan sisa-sisa kopi boleh menghapuskan keradangan di kaki. Penggunaan sebuk kopi memang diketahui mempunyai pelbagai faedah kecantikan.

Minyak Tea Tree



Penggunaan minyak tea tree sesuai untuk kulit yang bermasalah.

Minyak ini bukan sahaja boleh melembapkan kulit anda, tetapi juga melindunginya daripada pembangunan kulat dan bakteria. Di samping itu, minyak ini membantu menghalang liang tersumbat, jadi anda boleh menggunakannya selepas bercukur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Betis Strawberi, Tip, Slaah Cukur, Wanita

Artikel Lain