Bau busuk dalam apartment beri petanda, Cameron Highlands aku tidak akan ke sana lagi! - Mistik | mStar

Bau busuk dalam apartment beri petanda, Cameron Highlands aku tidak akan ke sana lagi!

Cantik pemandangan di Cameron Highlands tapi apabila waktu malam, banyak kisah misteri menjadi bualan.

Kiriman: EDDIE YAAKOB

PERCUTIAN bersama rakan-rakan ke Cameron Highlands menjadi titik hitam dalam hidup ku.

Kalau la ada orang tanya dan ajak aku lagi ke Cameron Highlands, maaflah… aku memang tak ingin. Kirim salam sama itu Cameon Highlands.

Sebab? Kerana Cameron Highlands aku terpaksa bermalam di hospital.

Kisahnya begini! Aku bersama empat orang teman memilih Cameron Highlands untuk percutian satu malam kami.

Kami memilih sebuah apartment tiga bilik dan mula ‘check-in’ pukul 8.30 malam selepas habiskan masa di pasar malam di Brinchang, membeli apa-apa yang patut untuk hidangan di rumah penginapan kami.

Sepanjang malam di apartment itu, kami banyak berborak sambil disertai gelak ketawa.

Aku memilih tinggal di bilik pertama, bersebelahan pintu masuk yang menempatkan sebuah katil single dan yang lain pula tidur dua orang satu bilik.

Pekan Brinchang di Cameron Highlands adalah nadi bandar itu namun sunyi pada waktu malamnya.

Ketika malam semakin kelam, kawan-kawan aku terus mengabiskan masa dengan bermain daun terup.

Aku pula lebih kepada agenda meringankan beban kepala dengan menghirup segar udara di beranda sambil melihat keadaan sekeliling yang diterangi samar-samar cahaya lampu neon.

Ketika itu mata aku terpandang sebuah lagi apartment yang jaraknya kira-kira 50 meter dari beranda rumah penginapan kami.

Entahlah… hatiku aku tiba-tiba berbisik… “Ada siapa agaknya dalam rumah itu… Sudahlah juah di hujung jalan, sekitarnya juga sunyi, agak menyeramkan,” kata hatiku.

Tak lama kemudian bosan di balkoni itu, aku memutuskan untuk keluar rumah kerana tiba-tiba aku teringatkan kereta yang mungkin belum dikunci.

Tubuh aku pula tiba-tiba menjadi berat seolah-olah dihempap objek besar sehingga membuatkan seluruh anggota badanku lemah.

Selepas memeriksa keadaan kereta, aku terus berjalan menuju ke apartment semula. Berjalan dan terus berjalan sambil berkhayal menghayati keindahan malam yang dingin itu.

Sebaik tiba di pintu rumah, tidak lagi kedengaan suara kawan-kawan ku. Tertanya-tanya aku adakah mereka sudah tidur? Aihhh… mustahil? Baru lima minit aku meninggalkan mereka untuk ke kereta.

Ketuk pintu

Aku terus mengetuk pintu rumah kerana kuncinya tidak dibawa bersama sambil memanggil nama teman-temanku namun tidak mendengar apa-apa. Aku menjadi risau.

Dalam kedinginan malam itu, aku menghidu bau busuk seperti asap lalu aku mendongak ke atas pada pintu rumah yang diketuk itu.

Cameron Highlands turut berhadapan dengan pelbagai kisah pelik termasuk banjir besar pada 2013.

Alangkah terkejutnya apabila nombor pintu itu berbeza dan ia ialah rumah yang aku tegur semasa di beranda tadi dan tiba-tiba bulu roma tegak berditi. Ini ada sesuatu yang tak kena.

Aku terus berlari pulang ke rumah sebenar lalu berkongsi apa yang berlaku. Dalam keadaan menggigil itu, aku mula berasa pelik seolah-olah ada sesuatu memanggil aku ke rumah itu.

Rakan-rakan ku pula mula berpandangan antara satu sama lain sehinggalah kami membuat keputusan untuk tidur.

Aku masuk ke bilik, terus merebahkan badan ke katil lalu lena akibat kepenatan.

Bunyi kuat

Dalam keadaan antara sedar dan tidak itu, aku terdengar bunyi kipas yang lama kelamaan semakin kuat… kuat dan semakin kuat seumpama helikopter mendarat.

Bunyi itu akhirnya berada dalam bilik dan aku mula merasakan, aku sedang berhadapan dengan satu peristiwa yang bukan ‘biasa-biasa’.

Tubuh aku pula tiba-tiba menjadi berat seolah-olah dihempap objek besar sehingga membuatkan seluruh anggota badanku lemah.

Aku terpaksa bertarung untuk bangun melawan obejk berat yang ‘menghempap’ atas badanku namun amat sukar sekali.

Dengan membaca ayat suci yang aku ingat di dalam hati, akhirnya selepas 10 minit baharulah aku sedar tapi dalam keadaan terlalu letih sehingga tidak berdaya.

Sering berlaku tanah runtuh di Cameron Highlands terutamanya ketika musim hujan.

Walaupun sukar untuk berdiri namun aku gagahkan juga memanggil rakan-rakan agar memberi bantuan.

Keesokan harinya, apabila sudah siang, aku bercerita semula apa yang berlaku. Rupa-rupanya rakan-rakan aku juga mempunyai pengalaman pelik iaitu terhidu bau busuk dalam apartment kami namun masing-masing hanya mengunci mulut.

Ketika daftar keluar, aku sempat bercerita dengan seorang petugas di apartment berkenaan dan dia tidak terkejut dengan kisah aku itu.

Katanya, jika dia diberi pilihan untuk tidur di mana-mana bilik kosong apartment itu, dia lebih rela pulang tidur di rumah.

Aku bertanya kenapa? Lalu dia menjawab: “Di sini ramai penghuninya”.

Kata-kata pekerja itu menyebabkan kami semua berpandangan antara satu sama lain. Dalam perjalanan, kami berkata tidak mungkin lagi akan datang semula ke sini.

Ketika tiba di Kuala Lumpur, aku masih lagi berada dalam keadaan lemah sehinggalah terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Hasil pemeriksaan mendapati, kadar degupan jantung agak tinggi menyebabkan aku terpaksa ditahan untuk pemantauan selama tiga hari.

Pihak doktor ada bertanya apakah puncanya namun sekadar berkata, aku mungkin terlalu penat selepas pulang bercuti tanpa bercerita apa yang berlaku itu berpunca daripada sebuah kejadian misteri.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
Cameron Highlands , Mistik

Lebih Artikel

Mohd Haziq masih belum ditemui