suria

Wow... Koleksi terkini Starbucks X Royal Selangor memang mengancam!

Koleksi eksklusif Starbucks X Royal Selangor yang sudah pun mula dijual kepada pelanggan.

SUKA kumpul tumbler dan aksesori daripada Starbucks? Nampaknya anda boleh menambah koleksi terbaharu apabila jenama itu melancarkan koleksi terkini hasil kerjasama eksklusif bersama Royal Selangor.

Starbucks X Royal Selangor melancarkan barisan barangan serta aksesori gaya hidup yang diperbuat 100 peratus daripada piuter.

ARTIKEL BERKAITAN: Sap sap sui! Apa maksudnya ye? Jom semak... ada 'bank' kumpul slang rakyat Malaysia

Terima kasih kepada kepakaran Royal Selangor dalam menghasilkan barangan piuter yang terbaik, kesemua koleksi itu direka bentuk dengan teliti bagi menjaga nilai eksklusif khas buat mereka yang ingin mendapatkannya.

Setiap produk dihasilkan dengan teliti. 

Tidak hanya tumbler atau bekas air yang sentiasa menjadi buruan, koleksi ini turut didatangkan dengan pelbagai aksesori termasuk pengadun kopi, espresso shot glass, cawan, tempat menggantung kunci, tag pengenalan diri dan pin kolar yang disertakan dengan ikonografi Starbucks.

Tak cukup dengan itu, patung ikoniknya, Starbucks Bearista Figurine turut didatangkan dalam bentuk piuter yang mengetengahkan seni halus Royal Selangor.

Koleksi ini sesuai untuk mereka yang sukakan sesuatu produk elegan dan paling penting ia adalah buatan tempatan!

Starbucks X Royal Selangor boleh didapati secara eksklusif di Starbucks terpilih di seluruh negara.

Starbucks, Royal Selangor

Artikel Lain