suria

Risau mata pedih semasa potong bawang? Cuba 4 cara ini

Menggunakan cermin mata renang bukanlah satu-satunya cara mengelak daripada pedih mata ketika memotong bawang. - Gambar Sekadar Hiasan

BIASANYA ramai akan mengelat apabila disuruh mengupas bawang kerana ia memedihkan mata tapi kalau ajak 'membawang' memang laju!

Apa punca membuatkan mata berair ketika mengupas bawang? Enzim yang terdapat di setiap lapisan bawang akan merembes ke udara ketika dikupas dan boleh menyebabkan pedih sampai mengalir air mata.

ARTIKEL BERKAITAN: 18 produk ini mampu bunuh kuman koronavirus!

Tapi sebenarnya ramai tak tahu bahawa terdapat pelbagai cara mengupas bawang yang tidak memedihkan mata dan ia bukan semata-mata memakai cermin mata renang.

1. Kupas bawang dalam air

Rendam bawang di dalam bekas berisi air dan kupas bawang di bawah permukaan air. Dengan cara ini enzim yang merembes tidak akan berterbangan di udara.

2. Sapu pisau dengan jus lemon

Sebelum potong bawang, sapukan jus lemon pada pisau anda. Ia dapat membantu membunuh enzim yang dirembes memandangkan ia bersifat asid dan mempunyai bau kuat.

3. Simpan bawang dalam peti ais

Sebaik-baiknya simpan bawang dalam peti ais sebelum digunakan kerana suhu dingin dapat melambatkan proses enzim bawang menjadi gas dan memedihkan mata saat dipotong.

4. Hiris bawang di tempat terbuka

Jika kita lihat kenduri di kampung, makcik-makcik akan memotong bawang di tempat terbuka sambil rancak 'membawang'. Sebenarnya cara ini lebih selamat kerana angin yang bertiup akan mengalihkan enzim yang dirembes ke tempat lain.

Bawang, Lemon, Pisau, Air

Artikel Lain