Tak perlu beratur atau bawa tunai... aplikasi diperkenalkan Petronas boleh 'Setel' isi minyak anda

Aplikasi Setel akan memudahkan urusan mengisi minyak di Petronas seluruh Malaysia. Foto SHAARI CHE MAT

PERNAH anda terfikir untuk mengisi minyak tanpa tunai hanya dengan menggunakan telefon pintar anda?

Ia bukan sesuatu yang pelik kerana kini sudah menjadi kenyataan apabila Petronas memperkenalkan aplikasi Setel iaitu kaedah e-pembayaran pertama negara yang membolehkan pembelian bahan api terus dari peranti anda.

Mula diperkenalkan sejak Julai 2018, Setel dibangunkan sebagai penyelesaian mudah dan cepat buat pelanggan ketika berurusan di stesen Petronas.

Kini lebih 700 stesen Petronas di Malaysia sudah boleh menggunakan aplikasi itu, malah Setel sudah mencatatkan tiga juta transaksi sejak ia dlancarkan.

Menerusi aplikasi itu, Setel bukan sahaja memudahkan pembayaran bahan api tetapi juga turut mengintegrasikan pengalaman e-dagang menerusi platform sama.

Malah ia turut memperkenalkan penebusan bahan api Mesra terus daripada aplikasi itu sebagai salah satu langkah memudahkan pelanggan Petronas.

Setel kini boleh digunakan di 700 stesen Petronas di seluruh Malaysia. 

Terdapat pelbagai kelebihan menggunakan Setel termasuklah;

1. Pengguna tidak perlu bersesak ke kaunter pembayaran

2. Tidak perlu lagi guna kad debit atau kredit di pam

3. Peluang mendapat rebet petrol

4. Pembelian direkod secara automatik dalam kad Mesra

5. Resti pembayaran akan di emel

6. Integrasi kad Mesra dalam Setel yang membolehkan semua transaksi direkodkan

Aplikasi Setel boleh dimuat turun secara percuma bagi pengguna Android dan iOS menerusi Google Play Store dan Apple Store. Untuk info lebih lanjut layari www.setel.my.

Petronas, Setel, Aplikasi

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain