suria

WhatsApp ucap selamat tinggal kepada telefon pintar ‘lama’

WhatsApp akan disekat kepada semua pengguna telefon pintar lama bermula Februari 2020.

APLIKASI komunikasi WhatsApp antara penghubung paling penting bagi pengguna telefon pintar di seluruh dunia.

Majoriti individu yang mempunyai telefon pintar pasti akan menggunakan WhatsApp sebagai penghubung dalam apa jua urusan harian.

Namun tahukah anda bermula 1 Februari 2020, aplikasi ini akan disekat kepada semua pengguna yang menggunakan telefon pintar versi lama.

ARTIKEL BERKAITAN: WhatsApp dah tak boleh ‘screenshot’?

Bagi pengguna Iphone yang menggunakan iOS 8 ke bawah, ia tidak lagi akan menyokong aplikasi WhatsApp dan begitu juga dengan telefon Android versi 2.3.7 ke bawah.

Bermula 1 Februari 2020, aplikasi ini akan disekat kepada semua pengguna yang menggunakan telefon pintar versi lama.

Pengguna yang masih menggunakan telefon versi tersebut sedikit sebanyak telah merasakan kesannya apabila tidak boleh membuka akaun baharu WhatsApp atau untuk menentusahkan akaun sedia ada.

Malah, WhatsApp juga tidak lagi menyokong semua pengguna telefon bimbit yang menggunakan Windows bermula 31 Disember 2019, tarikh yang sama Microsoft menamatkan sokongan kepada Windows 10 Mobile OS.

Ia berlaku kerana pembangunan sistem operasi tidak lagi aktif dan akan berhenti bila-bila masa sahaja.

Tambannya tujuan sekatan ini dilakukan kerana ingin lebih fokus kepada memperbaiki fungsi dan ciri-ciri aplikasi tersebut terhadap telefon terkini dan bukan yang sudah outdated.

WhatsApp, Telefon pintar, Sekat, 2020

Artikel Lain