suria

WhatsApp dah tak boleh ‘screenshot’?

WhatsApp akan menghalang pengguna daripada melakukan tangkapan skrin pada perbualan peribadi. - Gambar hiasan/Pixabay

ADAKAH anda seorang yang gemar mengambil tangkapan skrin (screenshot) perbualan peribadi di WhatsApp?

Menurut WabetaInfo, satu ciri pengesahan baharu akan menghalang anda berbuat demikian jika ia diperkenalkan sebagai sebahagian daripada ciri keselamatan syarikat.

Aplikasi Whatsapp dilaporkan sedang menguji ciri baharu yang memerlukan penggunanya menggunakan cap jari untuk mengakses perbualan.

ARTIKEL BERKAITAN: Whatsapp had penghantaran mesej 'forward' kepada 5 penerima untuk elak sebaran berita palsu

Jadi, sesiapa yang memegang telefon anda tidak dapat menghantar atau membaca perbualan peribadi anda di Whatsapp.

Pengguna juga tidak lagi boleh membuat tangkapan skrin selepas ia diaktifkan.

Ciri tangkapan skrin tidak lagi boleh dibuat tidak lama lagi. - Gambar hiasan/Pixabay

"Kami tidak faham mengapa WhatsApp memutuskan untuk menghalang tangkapan skrin dibuat selepas ciri cap jari diaktifkan," demikian menurut Versi beta Android 2.19.106 yang diuji WabetaInfo .

Nampaknya bukan WhatsApp sahaja yang akan melaksanakan ciri tersebut kerana Netflix juga sudah menghalang pengguna berbuat demikian ke atas video yang dihasilkannya.

Sementara itu, Snapchat pula menghantar notifikasi kepada pengguna sekiranya terdapat orang lain yang melakukan tangkapan skrin ke atas posting mereka.

Pada awal bulan ini, WhatsApp mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan memperkenalkan ciri baharu yang menghalang pengguna daripada menambah ahli secara automatik ke dalam kumpulan perbualan.

Selain itu, WhatsApp turut menguji ciri forwarding info dan frequently forwarded message bagi mengurangkan penyebaran berita palsu melalui platform tersebut.

Pengguna juga akan mengetahui berapa ramai pengguna sudah menerima mesej yang telah dikongsikan itu. - Business Standard

WhatsApp

Artikel Berkaitan

Artikel Lain