suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Whatsapp had penghantaran mesej 'forward' kepada 5 penerima untuk elak sebaran berita palsu

Gambar hiasan

PERKHIDMATAN pesanan Facebook Inc., iaitu WhatsApp secara global telah mengehadkan jumlah mesej 'forward' yang boleh dihantar oleh pengguna kepada lima orang sahaja.

Langkah itu adalah usaha untuk membendung penyebaran 'maklumat salah dan khabar angin', kata eksekutif syarikat tersebut pada Isnin.

"Kami mengehadkan lima pesanan di seluruh dunia pada hari ini," kata Victoria Grand, naib presiden untuk dasar dan komunikasi di WhatsApp pada hari Isnin dalam sebuah majlis yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Sebelum ini, pengguna WhatsApp boleh menghantar mesej 'forward' kepada 20 individu atau kumpulan.

Langkah sama mula dilaksanakan di India pada Julai tahun lalu selepas penyebaran khabar angin yang menyebabkan beberapa pembunuhan berlaku di negara itu. - Reuters

Whatsapp

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia