suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan sahaja pakaian atau perabot, kini kereta dan rumah juga ada di Shopee!

Barisan selebriti tempatan yang turut menjual barangan mereka di Shopee.

SUDAH menjadi kebiasaan menjelang sambutan Aidilfitri, inilah masa paling sesuai untuk shopping sakan tak kiralah sama ada membeli pakaian, langsir, perabot, kereta sampai ke pakaian dalam pun nak ditukar... Pendek kata semua kena serba-serbi baharu!

Antara yang sering menjadi pilihan adalah membeli kereta baharu tetapi kebiasaannya proses untuk menempah itu terpaksa mengambil tempoh lama, selain perlu berkunjung ke pusat pameran kenderaan yang kebiasaannya ramai pengunjung.

Namun, kini anda tak perlu bimbang lagi kerana platform e-dagang Shopee menawarkan tempahan kereta daripada pelbagai jenama seperti Honda, Toyota, Mazda malah BMW serta Mitsubishi pun ada menerusi Shopee AutoMall.

Bukan itu sahaja Shopee AutoMall turut menawarkan pelbagai pilihan motosikal ekonomi dan berkuasa tinggi untuk pelanggan yang ingin bergaya pada hari raya.

Antara produk yang dijual di Shopee.

Paling best bukan sahaja ada pelbagai diskaun dan tawaran eksklusif tetapi Shopee turut menawarkan harga tempahan serendah RM1!

Kalau menjual kereta dan motosikal belum mengejutkan anda, Shopee menerusi kempen 'Raya Dengan Shopee' turut membuka tempahan kediaman daripada pemaju hartanah terkenal SP Setia dengan harga serendah RM262,000. Wow!

Dalam pada itu, pada musim perayaan ini, Shopee turut menawarkan 600 jenama di Shopee Mall dan 450,000 penjual dengan diskaun sehingga 80 peratus bermula 25 April (hari ini) sehingga 6 Jun depan.

Menerusi kempen itu juga, Shopee menawarkan 200 peratus pulangan tunai pada setiap hari dalam tempoh itu, selain shocking sale serendah RM1 dan Goyang Shopee  yang menawarkan ganjaran sehingga RM5 juta.

Tidak lengkap rasanya sambutan hari raya tanpa fesyen terkini, namun pelanggan tidak perlu bimbang apabila Shopee turut berkolaborasi dengan label selebriti tempatan di Shopee Celebrity Squad yang bukan sahaja menjual koleksi pakaian terbaharu tetapi produk kecantikan dan aksesori.

Shopee

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia