suria

Samsung tunda pelancaran Galaxy Fold, alasannya untuk 'ujian dalaman yang terperinci'

Pelancaran Samsung Galaxy Fold ditunda ke satu tarikh yang belum diumumkan lagi. FOTO: Time Magazine

MENJADI salah satu peranti yang paling diperkatakan pada tahun ini, pelancaran Samsung Galaxy Fold bagaimanapun ditangguhkan atas beberapa isu.

"Baru-baru ini kami melancarkan kategori telefon pintar baharu yang menggunakan pelbagai teknologi untuk menghasilkan paparan fleksibel dan boleh dilipat.

"Kami peka, ramai yang gembira dengan kehadiran peranti itu. Namun ia memerlukan penambahbaikan selanjutnya untuk memastikan pengalaman penggunaannya tidak terganggu," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Galaxy Fold mula diperkenalkan pada Februari lalu dan ia sepatutnya dilancarkan di peringkat global pada 26 April ini.

Ia juga sepatutnya menemui pengguna di Malaysia pada 3 Mei depan dengan harga pasaran AS$1,980 (RM8,171).

Namun, pelancaran Galaxy Fold terpaksa ditunda sehingga satu tarikh yang belum diumumkan lagi.

"Untuk menilai sepenuhnya maklum balas ini dan menjalankan ujian dalaman yang terperinci, kami memutuskan untuk menangguhkan pelancaran Galaxy Fold.

"Kami merancang untuk mengumumkan tarikh pelepasan dalam beberapa minggu akan datang," ujar syarikat itu lagi.

Sebelum ini, beberapa pakar teknologi termasuklah pengulas telefon pintar mendakwa ia mengalami masalah berkaitan panel paparannya.

Ia turut menerima banyak ulasan negatif termasuklah yang menggalakkan orang ramai agar menangguhkan hasrat untuk membeli model itu.

'Badi' yang menimpa Galaxy Fold turut dikaitkan dengan masalah letupan dan kebakaran bateri pada keluaran Note 7 yang menjadi perbualan ramai sebelum ini.

Menggunakan paparan Super Amoled 4.6 HD+, peranti itu dihadirkan dengan storan 512GB dan 12GB RAM.

Dijana dengan kapasiti bateri 4,380mAh, Galaxy Fold turut mencuri tumpuan dengan fungsi kamera selfie 10 megapiksel.- The Star/Fortune.

Galaxy Fold, Samsubg

Artikel Lain