suria

Khabar angin bertiup kencang, Sony PS5 mungkin ada nama baharu

Bayangan awal PS5 yang belum diumumkan lagi tarikh pengeluarannya.

SETELAH sekian lama Sony PlayStation 4 (PS4) mendominasi dunia permainan video, kedudukannya mungkin akan sedikit tergugat tidak lama lagi.

Saingannya, tidak lain tidak bukan, tentulah 'adiknya' sendiri iaitu PS5.

Awal minggu ini, Sony seolah-olah cuba memberi bayangan awal mengenai produk yang dinanti-nanti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: iOS 13 dijangka perkenal mod gelap untuk pengguna silau cahaya, iPad pun banyak pembaharuan
ARTIKEL BERKAITAN: Powerbeats Pro mula dijual bulan depan, jadi pesaing utama AirPods keluaran Apple

Namun, besar kemungkinan ia tidak akan dilancarkan pada tahun ini.

Menerusi satu temubual khas bersama Wired, Mark Cerny dari Sony mendedahkan beberapa informasi penting mengenai teknologi baharu itu.

PS4 yang sekian lama menjadi kegilaan ramai.

Corny juga seolah-olah enggan menggelarkan produk itu sebagai PS5, seakan-akan memberi bayangan bahawa ia akan mempunyai nama spesifik lain.

Namun setakat ini, apsek harga, fungsi dan tarikh pengeluaran belum lagi dapat dipastikan dan apa yang ada sekadar tekaan dan bayangan semata.

Antara khabar angin yang bertiup kencang termasuklah fugsi Virtual Reality (VR).

Set kepala PlayStation VIrtual Reality (PSVR) diperkenalkan oleh Sony pada 2016.

Ia sememangnya antara produk Sony yang berjaya malah dijangka memainkan peranan besar dalam PS5 kelak.

Sony dijangka memperbaiki kelemahan VR keluaran 2016 itu, belajar dari kesilapan lalu dan menghasilkan teknologi lebih baik untuk keluaran akan datang. - Inverse/Daily Star.

Sony, PS4, PS5, PSVR

Artikel Lain