suria

iOS 13 dijangka perkenal mod gelap untuk pengguna silau cahaya, iPad pun banyak pembaharuan

iOS 13 dijangka diperkenalkan Jun ini.

SETIAP kali Apple memperkenalkan iOS baharu, ramai yang ternanti-nanti perubahan yang bakal mereka rasai.

Kali ini, iOS 13 dijangka diperkenalkan pada Jun depan.

Antara ciri-ciri baharu yang menjadi sebutan ramai termasuklah pengenalan mod gelap.

Mod gelap diperkenalkan bagi memenuhi keperluan individu yang silau apabila menggunakan peranti Apple dalam keadaan gelap, khususnya pada waktu malam.

Namun, ramai juga yang berkata iOS 13 akan memberi lebih tumpuan kepada penambahbaikan produk iPad.

Antaranya, paparan multiwindows baharu yang menyokong banyak aplikasi.

Ia sekali gus akan meningkatkan keupayaan peranti itu untuk penggunaan banyak fungsi dalam satu-satu masa.

Selain itu, iOS 13 juga akan memperkenalkan beberapa perubahan termasuklah untuk fungsi mail dan pengurusan font.

Namun, tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai iOS 13 selagi ia belum betul-betul diperkenalkan.

Sama-sama kita nantikan apabila ia diperkenalkan kelak. - MacRumors/The Verge.

iOS 13, Apple, iPhone, iPad

Artikel Lain