suria

Wow! Rekaan T-Style mesra alam, diperbuat daripada sisa pertanian curi perhatian di Minggu Fesyen Milan 2019

Basikal Bespoke Plybike Oleh Dots. - Design Boom

T-STYLE atau singkatan bagi Gaya Thailand merujuk kepada hasil kraf dan rekaan yang diilhamkan dari negara Asia Tenggara.

Pada Minggu Fesyen Milan 2019, pameran bertajuk ‘T-STYLE + SLOWHAND DESIGN’ menonjolkan rekaan mesra alam oleh pereka dan pembikin jenama Thailand dalam menghasilkan kraftangan dan produk budaya.

Pasu berdiri rekaan Deesawat ini diperbuat daripada ketukangan kerja kayu sofistikated. - Design Boom

Pelbagai seleksi inovasi termasuk dekorasi, perkakas rumah, aksesori fesyen dan perabot mempertaruhkan keunikan tersendiri.

T-STYLE merupakan usaha daripada Jabatan dan Promosi Perdagangan Antarabangsa Thailand (DITP) yang menghimpunkan 36 jenama ikutan untuk menyertai minggu fesyen yang berlangsung di Base Milano, Itali selama enam hari bermula Selasa.

Kraftangan unik ini dihasilkan menggunakan buluh oleh PATAPiAN. - Design Boom

Gaya Thailand merupakan satu tradisi dengan lagak yang membisikkan mantera 'minda terbaik membentuk masa depan kraf'.

Dipercayai bahawa artis-artis kesenian Thailand menterjemahkan kebahagiaan mengikut interpretasi sendiri ke dalam setiap rekaan buatan tangan tersebut.

Cantik! Beg rekaan Dewa ini tampak unik biarpun dihasilkan daripada sisa buangan pertanian. - Design Boom

Ini bermakna, setiap karya mencerminkan diri dan perasaan sebenar si pembuatnya.

Produk pameran itu menggambarkan ciri-ciri utama gaya ketukangan Thailand sambil menunjukkan jalan kepada pembuatan seni, teknologi dan bahan-bahan yang mesra alam untuk masa depan.

Beberapa reka bentuk di pameran tersebut pernah memenangi anugerah DEmark yang mengiktiraf kecemerlangan reka bentuk di Thailand. - Design Boom

Artikel Lain