suria

Ada 4 sebab lebih baik 'private' Instagram anda

Ramai daripada kita sekurang-kurangnya mempunyai satu laman sosial.

RAMAI daripada kita tidak meletakkan akaun Instagram dalam mod privasi kerana merasakan perkara itu tidak penting, selain mudah untuk menambah pengikut.

Sebenarnya terdapat pelbagai kebaikan meletakkan Instagram atau laman sosial lain dalam mod itu termasuk untuk tujuan berikut;

1. Melindungi privasi

Apabila akaun anda dalam mod private, anda telah mengehadkan jumlah individu yang dapat melihat maklumat peribadi serta gambar anda.

Itu belum lagi bekas kekasih durjana yang anda tidak mahu dikaitkan lagi. Jadi ruang privasi anda lebih terjamin.

2. Mengelakkan masalah

Laman sosial adalah tempat anda bebas berekspresi tentang pelbagai perkara atau memuat naik foto, namun cuba fikiran apa akan berlaku jika bukan semua orang suka dengan apa yang anda lakukan.

Benar itu hak anda tetapi bagi mengelakkan perbalahan dan masalah lain, meletakkan dalam mod privasi adalah langkah bijak dan anda hanya dikelilingi oleh orang yang anda percaya sahaja.

3. Mengelak 'copycat'

Jika perasan, sesetengah personaliti media sosial atau juruvideo akan private Instagram mereka. Golongan ini sebenarnya bijak kerana isu menciplak idea atau mencuri posting orang lain semakin menjadi-jadi.

Dengan cara ini mereka boleh melindungi karya serta idea mereka daripada pihak tidak bertanggungjawab.

4. Fomo (Fear of missing out)

Apabila melihat Instagram seseorang yang mempunyai ratusan ribu pengikut pasti akan terasa cemburu seterusnya boleh membuatkan kita berasa rendah diri.

Akaun private boleh mengelakkan masalah Fomo - bukan sahaja untuk orang lain tetapi diri sendiri juga. Peace.

Instagram, Private, Laman sosial, FOMO

Artikel Lain