suria

Dilengkapi 5 kamera, Vivo V17 janjikan hasil fotografi terbaik walau di waktu malam

Peranti Vivo V17 dilancarkan pada Selasa merupakan kesinambungan kepada model V17 Pro.

SYARIKAT teknologi Vivo melabuhkan tirai tahun ini dengan pelancaran model telefon terbaharu, V17.

Ia merupakan kesinambungan kepada model V17 Pro yang dilancarkan pada Oktober lalu.

Model Vivo V17 ini diketengahkan bagi memberi fokus kepada kepuasan fotografi pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilengkapi 6 kamera, Vivo V17 Pro kini di pasaran... tunggu apa lagi!

ARTIKEL BERKAITAN: Vivo S1 Pro pilihan tepat anak muda kaki swafoto

Paling menarik tentunya lima kamera yang ditawarkan pada peranti serba lengkap itu.

Pada bahagian belakang, ia hadir dengan kamera 48 megapiksel (MP), 8MP (sudut lebar), 2MP (bokeh) dan 2MP (makro).

Pada bahagian depan peranti, model ini dilengkapi dengan kamera 32MP, memastikan swafoto yang dihasilkan cukup sempurna dan realistik.

Peranti ini dijual pada harga RM1,699.

Model ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Admiral Blue dan Crystal White dan turut disertakan fungsi fotografi Super Night Mode dan Super Night Selfie.

Fungsi menarik ini menjanjikan penghasilan foto lebih berkualiti biarpun ia dirakam dalam keadaan cahaya rendah.

Jadi, anda tidak perlu bimbang untuk mencari kawasan dengan cahaya secukupnya sebelum merakam gambar, khususnya pada waktu malam.

Peranti ini dilengkapi empat kamera belakang dan satu kamera hadapan.

Beralih kepada keupayaan, peranti ini dijana oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 675 AIE Octa-core dan 8GB RAM + 256GB ROM bagi memastikan penggunaan peranti lancar dan pantas.

Bagi keupayaan bateri pula, ia hadir dengan kapasiti 4,500mAh serta teknologi Dual-Engine Fast Charging.


Rekaan yang cukup kemas, hadir dengan dua pilihan warna iaitu Admiral Blue dan Crystal White. 

Dari segi reka bentuk luaran, model yang ditawarkan pada harga RM1,699 ini menarik dengan paparan skrin FHD+ bersaiz 6.44 inci dengan teknologi imbasan jari pada skrin.

Fungsi menarik lain termasuk Ultra Stable Video untuk kestabilan rakaman, AR Sticker, AI Makeup dan AI Scene Recognition.

Bagi mereka yang berminat, Vivo V17 boleh didapati di Malaysia bermula Sabtu, 21 Disember 2019.

Vivo V17, lima kamera, Vivo V17 Pro

Artikel Lain