suria

Vivo S1 Pro pilihan tepat anak muda kaki swafoto

Vivo S1 Pro akan mula dijual bermula 7 Disember ini.

SYARIKAT teknologi Vivo sekali lagi mencuri tumpuan peminat gajet apabila melancarkan model terbaharu, S1 Pro.

Memberi fokus terhadap keperluan golongan muda, model tersebut menggabungkan elemen teknologi fotografi yang disokong dengan perisian canggih.

Lebih menarik, model serba lengkap itu hadir dengan dua pilihan warna Knight Black dan Fancy Sky. 

Apa yang menarik mengenai Vivo S1 Pro? Ia menawarkan pengalaman fotografi luar biasa dengan kehadiran kuad kamera AI 48 megapiksel (MP).

Kamera utama ini turut disokong lensa sudut lebar, makro dan bokeh.

Selain kamera yang berkualiti, peranti ini dilengkapi elemen teknologi bagi membolehkan pengguna merasai kepuasan maksimum.

Untuk kaki swafoto, model ini menawarkan kamera hadapan dengan resolusi 32MP.

Ia dilengkapi fungsi AI Face Beauty yang membolehkan pengguna merakam swafoto berkualiti dengan sempurna.

Beralih kepada keupayaan, ia dijana oleh pemproses S1 Pro iaitu Qualcomm Snapdragon 665 octa-core, disokong oleh RAM 8GB dan 128GB ROM bagi memastikan penggunaan peranti lancar dan pantas.

Turut memberi fokus kepada trend e-sport, model ini dilengkapi dengan Multi-Turbo yang meningkatkan tahap kelajuan peranti untuk memastikan pengguna dapat menikmati prestasi permainan yang lebih menyeronokkan.

Vivo S1 Pro dijual pada harga yang cukup berpatutan, namun kualitinya cukup tinggi.

Malah, ia juga boleh digunakan dalam jangka masa panjang apabila dilengkapi bateri 4500mAh dengan Teknologi Pengecasan Pantas Dwi-Enjin.

Antara fungsi menarik yang lain termasuk skrin yang boleh dibuka serta-merta dengan kuasa Teknologi Pengimbasan Cap Jari Dalam Paparan.

Jadi apa tunggu lagi, jom tinjau di pasaran negara mulai 7 Disember ini untuk dapatkan Vivo S1 Pro pada harga serendah RM1,199!

Vivo S1 Pro, swafoto

Artikel Lain