suria

Nak bentuk karakter positif anak anda? Apa kata cuba hobi pelihara haiwan

Anak-anak lebih bertanggungjawab dan jiwanya penuh kasih sayang jika diberi peluang memelihara haiwan.

CUTI sekolah ini mungkin tempoh yang sesuai untuk anak-anak memulakan sesuatu hobi.

Jika anak-anak sukakan haiwan, apa kata jadikan binatang peliharaan sebagai hobi kerana ia boleh mendidik mereka.

Biasanya, haiwan pilihan untuk dipelihara di rumah seperti kucing, anjing, arnab, hamster dan kura-kura kerana ia lebih mudah dikendalikan.

ARTIKEL PILIHAN: Nak bawa anak-anak tengok movie, ada 5 filem sesuai ditonton sekeluarga cuti sekolah ini

ARTIKEL PILIHAN: Dah rancang aktiviti bersama anak cuti sekolah ini? Apa kata ambil kira 5 tip ini

Ini kerana memiliki haiwan peliharaan dapat memberi pengalaman bermanfaat buat anak-anak.

Hobi ini dapat membentuk pelbagai karakter baik anak supaya lebih berkembang, malahan ia juga satu komitmen dan tanggungjawab besar.

Susulan itu, laporan kompas.com menyebut menyarankan supaya tidak memberikan haiwan peliharaan kepada anak-anak pada usia yang terlalu muda.

Lojiknya anak belum cukup dewasa untuk membantu memelihara binatang sehingga usianya mencapai antara tujuh atau lapan tahun.

Sokongan ibu bapa perlu untuk membentuk keyakinan diri anak-anak.

Aspek utama yang dapat membentuk diri anak-anak menerusi hobi ini adalah seperti;

1. Mengajar nilai-nilai murni

Memiliki haiwan peliharaan dapat menumbuh dan mengembangkan rasa tanggungjawab dalam diri anak. Walaupun dibantu, namun ia membuatkan mereka lebih berani untuk melaksanakan tugas.

Selain itu, tunjuk ajar ibu bapa mengenai cara penjagaan haiwan tentu sekali dapat diserapkan dalam diri mereka seperti bersikap baik dan lembut.

Tentu sekali ia dapat melahirkan rasa empati dan kasih sayang dalam diri anak anda.

Ibu bapa perlu terbuka dengan pilihan anak-anak kerana ia mengajar mereka membuat keputusan.

2. Meningkatkan harga diri

Pemerhatian umum mendapati, anak yang mempunyai haiwan peliharaan dalam keluargannya akan cenderung memiliki harga diri yang lebih tinggi.

Ia terbukti kerana memiliki haiwan peliharaan dapat membuatkan anak merasa dicintai dan mencintai, serta merasakan mereka berteman untuk diajak berbicara atau bermain.

hobi, kucing, hamster, cuti

Artikel Lain