suria

Koleksi anak muda di Galeri TitikMerah... ‘Kisah’ bukan sekadar lakaran seni, tapi penceritaan

Ajim Juxta berharap TitikMerah dapat menjadi platform bebas daripada parameter wajib galeri komersial. Foto SAM THAM

TIGA anak muda iaitu Raja Azeem Idzham, Adeputra Mastri dan Latif Maulan merupakan pengasas kepada Galeri TitikMerah yang mula dibuka pada 2014.

Menurut Raja Azeem atau lebih dikenali sebagai Ajim Juxta, galeri ini dianggap sebagai pusat akar umbi dalam membina kerjasama, beroperasi dalam situasi penuh semangat dalam menawarkan insan seni yang baharu sebagai satu platform yang bebas daripada parameter wajib galeri komersial.

ARTIKEL BERKAITAN: Dekorasi dinding ada muslihat tersendiri, yang pasti bukan sekadar cantikkan rumah

Penampilan terbaharu koleksi di galeri dengan bertemakan Kisah telah menarik lebih 25 artis baharu yang berusia kurang 30 tahun membuktikan objektif TitikMerah ini di landasan yang tepat.

Antara koleksi yang dipamerkan di TitikMerah. Foto Ihsan TitikMerah Collective

Permulaan, ramai artis yang terlibat merupakan graduan dari fakulti seni Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti UiTM, Universiti Malaysia Kelantan, Aswara dan lain-lain.

Ada juga bekas pelatih industri dalam bidang sama kembali memberi persembahan.

"Pameran ini berkenaaan penceritaan dan teknik naratif Kisah sebagai satu cerita. Cerita atau naratif adalah penting kerana mereka akhirnya mempengaruhi artis, latar belakang dan medium serta subjek mencari perkara utama.

Dari kiri; Ammar Idris, Arifin Amin dan Baba Wong antara pengkarya muda yang terlibat dengan Kisah.

"Sebagai artis, saya sendiri turut melihat hasil seni yang lain. Saya suka melihat apa cerita-cerita menarik yang menjadi inspirasi mereka.

"Setakat ini Kisah, selain teknik yang hebat, kami mahu melihat cerita di sebaliknya. Penceritaan lebih penting," jelas Ajim yang menjadi anak seni pertama Malaysia merangkul gelaran Anugerah Seni Muda di Taipei 2016.

Kisah merupakan koleksi kedua TitikMerah yang diadakan di galeri yang terletak ruang pameran di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Koleksi pertama TitikMerah adalah Tun M Custom Show pada Oktober lalu di Publika. -The Star

TitikMerah, Kisah, pelukis, muda, seni lukis

Artikel Lain