suria

Dekorasi dinding ada muslihat tersendiri, yang pasti bukan sekadar cantikkan rumah

Menghias dekorasi kediaman dengan menambah lukisan pada ruang dinding boleh menjadi alternatif bagi mencantikkan rumah anda.

MENGHIAS dekorasi kediaman dengan menambah lukisan pada ruang dinding boleh menjadi alternatif bagi mencantikkan rumah anda.

Sebenarnya menggantung lukisan pada dinding bukan hanya untuk menunjukkan kecintaan terhadap seni semata-mata sebaliknya ia mempunyai pelbagai manfaat lain pada dekorasi rumah anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Kali pertama sertai pameran 5 karya ‘sold out’! Artis bongsu Rajawali-X ini makin gigih atur langkah cipta nama

Berikut adalah beberapa muslihat lukisan pada dinding rumah;

Ruang yang kosong akan menjadi lebih berkarakter dengan kehadiran lukisan pada dinding. 

1. Member inspirasi

Selain indah dipandang mata, lukisan boleh memberikan inspirasi kepada sesiapa yang memandang selain mengasah imaginasi dan kreativiti seseorang.

2. Menambah kesan menarik pada ruang rumah

Pada anda yang tidak suka kepada dekorasi sarat boleh cuba menggantung lukisan pada dinding rumah. Secara automatik ia akan menjadi daya penarik dan titik perhatian pada ruang itu.

3. Menggambarkan keperibadian pemilik

Umumnya, lukisan menggambarkan keperibadian pemilik rumah dan tidak semestinya anda perlu membeli seni yang berharga ratusan ribu ringgit.

Harga bukan perkara penting, tetapi sesuatu lukisan yang dipilih itu sebenarnya menggambarkan diri anda.

4. Memberi kesan luas pada ruang sempit

Selain memasang cermin pada dinding, ramai sebenarnya tidak tahu bahawa lukisan boleh memberi impak kesan luas pada ruang sempit sesuatu ruang.

Umumnya, lukisan pemandangan, pantai atau pergunungan dapat memberi impak itu kepada kediaman anda.

Dekorasi, Rumah

Artikel Berikut

Artikel Lain