Tonton filem seram bukan sahaja buat anda fokus tetapi boleh kurus!

Kajian mendapati menonton filem seram boleh membantu turunkan berat badan.

RAMAI yang suka menonton filem seram walaupun dalam masa sama ada perasaan takut.

Filem genre seram atau juga dikenali filem thriller memang antara pilihan utama 'kaki wayang' yang secara jelas lebih puas menikmati filem itu di skrin yang lebih besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan hanya tahu pasang tapi jarang selenggara, ketahui 5 sebab kenapa perlu kerap cuci penulen air

Tetapi tahukah anda tindak balas semulajadi yang berlaku dalam diri ketika perasaan terkejut, takut atau ketika mendengar jeritan dalam panggung wayang itu.

Ketika menonton filem seram kadar denyutan jantung akan bergerak laju. 

1. Denyutan jantung

Respons paling awal akan berlaku dalam diri anda adalah kadar denyutan jantung bergerak laju.

Selain itu, ia adalah paling mudah untuk mengaitkan diri dengan protagonis filem seram, sehingga anda mula merasakan tindak balas lawan dalam diri.

Namun antara kesan yang anda tidak sedar bahawa menonton filem seram mampu menurunkan berat badan.

Berdasarkan kajian dari Universiti Westminster, filem seram mampu membakar kalori sekali gus mampu membantu hilangkan berat badan.

Menonton filem seram mampu membantu menghilangkan penyakit kebimbangan melampau (anxiety).

2. Bantu hilangkan masalah anxiety

Menonton filem seram ini juga antara inisiatif tanpa sedar kepada mereka yang mengalami masalah anxiety atau kebimbangan melampau.

Pakar percaya dengan menonton filem seram ini boleh membantu anda menjadi lebih tenang dan tidak takut dengan apa yang ditayangkan di skrin kerana yakin anda berada dalam persekitaran yang selamat.

Paling penting, ia mampu divert perasaan bimbang melampau anda itu kepada sesuatu yang lebih positif kerana sedar ia sekadar sebuah filem.

Menonton filem seram membuatkan anda lebih fokus.

3. Perubahan tindakan otak

Menonton wayang pada asasnya untuk merehatkan otak daripada sesuatu perkara rutin harian. Namun ia tidak akan berlaku jika anda menonton filem seram.

Ini kerana, otak anda akan lebih bekerja keras kerana memberi fokus kepada babak-babak seterusnya. 

Filem seram, kurus badan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain