suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maaf ye peminat durian... Kata pakar, musim hujan perlu elak makan raja buah

Buah durian memang sedap tapi kurangkan pengambilannya pada musim hujan ini.

TIDAK dinafikan buah-buahan seeloknya kerap dimakan kerana ia kaya dengan vitamin dan serat untuk kesihatan anda.

Bagaimanapun, pada musim hujan seperti sekarang, ada beberapa jenis buah yang sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan anda senang dijangkiti penyakit seperti demam dan sakit tekak.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian ‘kaki buku’! BBW kembali lagi, kali ini 4.5 juta naskhah ditawarkan... jangan lupa bawa beg sendiri tau!

Menurut seorang pakar pemakanan, Dr. Sonia Wibisono, salah satu buah yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah durian. Ya, durian.

Sebab apa? Durian boleh membuatkan anda sakit tekak dan batuk kerana sifatnya yang 'panas'.

"Kalau takut suara anda serak dan batuk-batuk, sebaik-baiknya kurangkan atau berpada-pada kerana durian sifatnya yang panas.

Buah kiwi juga patut dikurangkan pengambilannya pada musim hujan.

"Ditambah dengan cuaca tidak menentu sekarang lebih mudah terkena sakit tekak, batuk-batuk," katanya.

Selain durian, buah lain yang perlu diambil secara sederhana adalah mata kucing, anggur dan kiwi.

"Seperti kiwi ia sebenarnya buah yang banyak vitamin C tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan alergi dan gatal tekak," ujarnya.

Tidak hanya buah segar, Sonia memberitahu kita seharusnya menjauhi buah dalam tin kerana ia memiliki risiko penyakit jangka panjang termasuk kanser.

"Lebih baik makan yang segar daripada buah dalam tin memandangkan ia tinggi dengan bahan pengawet dan pewarna.

"Paling baik setiap makanan yang kita ambil biarlah dalam kuantiti sederhana," katanya.

Musim Hujan, Durian, Kiwi

Artikel Berikut

Artikel Lain