suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga tak sampai RM700, konsol PS2 didakwa pernah jadi senjata rahsia perang Iraq... Amerika Syarikat sampai ‘ketar lutut’

PS2 menjadi permainan konsol paling laris di dunia dengan jumlah jualan melebihi 160 juta unit. -Agensi

SEJAK kemunculannya pada 1994, konsol PlayStation merupakan antara inovasi yang telah mengubah sejarah permainan video.

Malah, PlayStation 2 (PS2) yang dilancarkan pada 2000 turut mencipta sejarah apabila menjadi permainan konsol paling laris dengan jumlah jualan melebihi 160 juta unit di seluruh dunia.

Namun, di sebalik popularitinya sebagai alat permainan berpengaruh, konsol keluaran Sony itu pernah mencetuskan kebimbangan terhadap pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan Jepun.

Ketika Sony memperkenalkan PS2, konsol itu bukan sekadar terkenal kerana permainan video, tetapi turut menarik perhatian pihak keselamatan kerana kemampuan pengkomputerannya.

Malah, sekitar Disember tahun sama, terdapat laporan mendakwa kira-kira 4,000 unit PS2 dihantar ke Iraq, negara yang ketika itu berada di bawah sekatan senjata ketat akibat perang.

Perkara itu cukup membimbangkan sehingga mendorong Defense Intelligence Agency (DIA) Amerika Syarikat memulakan siasatan terhadap perkara tersebut.

Kebimbangan itu berasaskan kerisauan berkenaan potensi sekiranya ribuan konsol PS2 disambungkan antara satu sama lain untuk membentuk sebuah superkomputer murah yang boleh digunakan bagi membantu sistem peluru berpandu atau dron.

PS2 ketika dilancarkan memiliki teknologi disifatkan agak tinggi untuk sebuah konsol hanya berharga sekitar AS$299 (RM660.79) pada masa tersebut. -Agensi

PS2 bukan konsol biasa

Ketika ia dilancarkan, PS2 mempunyai cip pemprosesan (GPU) dikenali sebagai “Emotion Engine” yang mampu melakukan kira-kira 6.2 bilion 'floating-point operations per second' atau operasi titik apungan sesaat.

Keupayaan itu dianggap sangat tinggi untuk sebuah konsol hanya berharga sekitar AS$299 (RM660.79) pada masa tersebut.

Malah, PS2 turut mempunyai sistem penyulitan atau 'encryption' 128-bit sehingga menyebabkan sebarang aktiviti eksport konsol berkenaan memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa di Jepun.

Jepun sendiri mengakui pemproses grafik PS2 secara teori boleh digunakan sebagai 'mata' bagi sistem panduan peluru berpandu.

Jadi, apabila ribuan unit konsol itu dilaporkan masuk ke Iraq, tidak hairanlah ia mencetuskan tanda tanya.

Namun, dakwaan itu kemudiannya dipatahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenuh cari perkataan ‘eject’, rupanya ini alasan tak perlu guna cara lama cabut pendrive

Walaupun kedengaran seperti plot filem, idea untuk menjadikan PS2 sebagai superkomputer sebenarnya mempunyai banyak masalah.

Pertama, usaha menyambungkan banyak konsol untuk menghasilkan sebuah sistem pengkomputeran tidak cukup sekadar melakukan menyambungkan kabel antara satu konsol ke konsol lain.

Ia memerlukan rangkaian khusus, perisian tersuai dan akses mendalam kepada sistem operasi.

PS2 pula direka dengan sistem yang agak tertutup bagi melindunginya daripada cetak rompak dan penggunaan perisian tidak dibenarkan.

Lebih penting, Iraq ketika itu sebenarnya mempunyai pilihan yang lebih mudah.

Sumber risikan Britain yang dipetik pada masa tersebut dilaporkan menyifatkan idea itu sebagai 'complete cobblers' atau secara mudahnya, tidak masuk akal.

Jika kerajaan Iraq benar-benar mahukan kuasa pengkomputeran, komputer biasa jauh lebih mudah diperoleh dan digunakan berbanding membina rangkaian daripada ribuan konsol permainan.

Jadi, ke mana pergi 4,000 PS2?

Penjelasan yang lebih munasabah ialah konsol tersebut masuk melalui saluran pasaran gelap, sebelum dijual kepada pengguna di Iraq.

PS2 ketika itu merupakan barangan elektronik yang popular, mahal dan sukar diperoleh, menjadikannya produk sesuai untuk dijual semula kepada golongan berada termasuk keluarga yang mempunyai hubungan dengan rejim Saddam Hussein.

Berdasarkan rekod awam, tiada bukti kukuh bahawa Iraq benar-benar membina superkomputer menggunakan PS2 atau menggunakannya untuk sistem persenjataan.

Akhirnya, kisah PS2 di Iraq lebih banyak menjadi contoh bagaimana teknologi pengguna yang semakin canggih boleh mencetuskan kebimbangan keselamatan.

Namun, ada satu perkara yang menarik adalah kebimbangan bahawa teknologi pengguna boleh digunakan dalam peperangan sebenarnya bukan idea yang asing.

Hari ini, perkakasan komersial seperti cip dan GPU semakin banyak digunakan dalam teknologi ketenteraan.

Cuma pada tahun 2000, PlayStation 2 mungkin berada di tempat dan waktu yang salah. -Agensi

Artikel Lain