RAMAI masih terbiasa 'eject' atau memutuskan sambungan peranti pendrive atau hard disk terlebih dahulu sebelum mencabutnya daripada laptop kerana bimbang fail rosak atau data hilang.Namun, menerusi perkongsian seorang individu dikenali sebagai Syzwel, amalan tersebut sebenarnya sudah tidak semestinya diperlukan bagi sistem komputer moden. Menurutnya, pengguna boleh sahaja mencabut pendrive selepas selesai menyalin fail, selagi tiada proses pemindahan data yang masih berjalan.Persoalannya, mengapa sejak dahulu kita diajar supaya menekan 'safely remove hardware' terlebih dahulu?Syzwel menjelaskan, perkara itu berkait dengan sistem 'write caching' yang digunakan pada komputer terdahulu, khususnya ketika zaman Windows XP.Pada ketika itu, sistem akan menyimpan data buat sementara waktu dalam RAM atau Random Access Memory sebelum masuk ke dalam pendrive.Jadi, walaupun proses menyalin fail kelihatan sudah selesai, ada kemungkinan data masih belum benar-benar dipindahkan ke dalam peranti.Sebab itu, pengguna perlu melakukan proses ‘eject’ terlebih dahulu bagi memastikan semua data sudah selesai ditulis sebelum pendrive dicabut.Jika dicabut secara mengejut ketika proses tersebut masih berlangsung, fail berisiko rosak atau gagal dibaca.Bagaimanapun, menurut Syzwel, sistem Windows moden kini menggunakan tetapan 'quick removal' sebagai pilihan lalai.Tetapan itu membolehkan pengguna mencabut peranti dengan lebih mudah selepas proses pemindahan data selesai tanpa perlu melalui langkah 'safely remove hardware'.Mudah cerita, jika pemindahan fail sudah mencapai 100 peratus dan tiada lagi fail yang sedang digunakan, pendrive boleh sahaja dicabut.Namun, ia bukan bermaksud pengguna boleh sentap pendrive sesuka hati ketika fail masih sedang disalin atau komputer masih menggunakannya.Perkongsian tersebut turut mengingatkan bahawa teknologi sudah berubah, tetapi tabiat pengguna kadangkala masih terperangkap dengan cara lama.Jadi, selepas ini tak perlu lagi kelam-kabut mencari ikon kecil untuk 'eject' pendrive setiap kali selesai menggunakannya namun tetap perlu pastikan semua proses sudah benar-benar selesai.