KELIHATAN lebih muda daripada usia sebenar sememangnya menjadi impian ramai, terutama apabila usia semakin meningkat dan perubahan pada tubuh mula kelihatan.Maka tidak hairanlah pelbagai petua tradisional dan gaya hidup sihat diamalkan sebagai ikhtiar untuk kekal bertenaga serta awet muda. Pengalaman itu turut dilalui pengguna media sosial, Syuhadah Gzli, yang terpaku selepas bertemu seorang wanita berusia 56 tahun ketika melakukan aktiviti berjalan kaki di Taman Eco Majestic, Selangor.Menurut Syuhadah, kejadian berlaku semasa dia dan rakannya berehat seketika di kawasan gim terbuka selepas selesai aktiviti berjalan pantas (brisk walk).Ketika sedang berehat, seorang wanita yang baru selesai berlari menyertai mereka untuk melakukan senaman regangan sebelum mereka mula bertegur sapa dan bertukar cerita.Peluang emas itu digunakan Syuhadah untuk bertanyakan petua serta meminta kata-kata semangat memandangkan dia dan rakannya baru sahaja bermula untuk mengamalkan diet."Tengah berbual tu aku minta la tip dan semangat sebab kita baru mula nak diet. Panjang lebar akak ni bagi daripada A to Z. Ya Allah terharunya," ujarnya.Menerusi video dikongsikan Syuhadah, dia sempat merakam tip yang dikongsikan wanita itu termasuk bahan untuk menyediakan air rebusan diamalkannya.Antara bahan yang digunakan untuk menyediakan air rebusan tersebut ialah:1. Satu liter air2. Satu batang serai3. Enam hingga tujuh helai daun pandan4. Kunyit sebesar ibu jari5. Halia sedikit lebih besar daripada ibu jariSemua bahan berkenaan perlu dihiris sebelum dimasukkan ke dalam satu liter air dan direbus.Selepas itu, air rebusan ditapis dan diminum satu cawan sehari dalam keadaan suam.Lebih menarik perhatian, wanita itu turut meminta Syuhadah dan rakannya meneka usianya.Pada mulanya, Syuhadah menganggarkan wanita itu baru berusia sekitar 38 atau 39 tahun, manakala rakannya pula meneka dalam lingkungan awal 40-an.Namun, kedua-duanya terkesima apabila wanita berbadan langsing itu mendedahkan usianya yang sebenar sudah mencecah 56 tahun dan mempunyai cucu."Ni je dapat aku rakam tip nak buat air untuk kempiskan perut. Sekali akak ni bagitahu umur dia sudah 56 tahun ya. Terkejut 'beruk' kami sebab badan akak ni macam anak dara."Tak sangka umur dia five series dan sudah ada cucu. Akak ni betul-betul naikkan semangat saya," katanya lagi.Perkongsian tersebut turut meraih respons positif di ruangan komen apabila seorang pelayar media sosial menyokong petua berkenaan dan mengakui amalan sama turut diajarkan oleh ibunya.Malah, individu tersebut turut berkongsi klip video menunjukkan dirinya menyediakan stok rebusan yang sama untuk diminum secara harian.Bagaimanapun, petua tersebut merupakan perkongsian pengalaman individu dan bukan pengganti nasihat atau rawatan daripada pakar kesihatan.