Di bawah kibaran Jalur Gemilang, Tugu Negara terus berdiri sebagai lambang keberanian dan pengorbanan wira tanah air. -Foto Wikipedia
KEMERDEKAAN tanah air yang dikecapi hari ini bukanlah satu hadiah yang datang bergolek, sebaliknya ia berdiri atas lipatan sejarah panjang, titisan darah, dan pengorbanan suci para pejuang demi daulat sebuah bangsa.Di sebalik kemajuan dan keamanan yang kini nikmati hari ini, tersimpan kisah perjuangan perlu terus dikenang setiap generasi. Antara simbol paling dekat dengan sejarah pengorbanan Malaysia ialah Tugu Negara yang berdiri megah setinggi 15 meter di ibu kota.Monumen bersejarah itu bukan sekadar binaan gangsa, tetapi lambang penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit gugur ketika mempertahankan tanah air dalam Perang Dunia Pertama (1914), Perang Dunia Kedua (1935 hingga 1942) dan zaman Darurat (1948 hingga 1960).Tugu Negara mula dibina pada 1963 dan siap sepenuhnya pada 8 Februari 1966, sebelum Istiadat Pembukaan Tugu Peringatan Negara itu disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.Enam dekad berlalu, Tugu Negara terus menjadi saksi sejarah dan simbol keamanan serta kedaulatan Malaysia. -The StarTanggal 8 Februari 2026 genap 60 tahun Tugu Negara dirasmikan.Enam dekad berlalu, namun makna di sebalik monumen itu tetap utuh.Tugu Negara terus berdiri sebagai peringatan bahawa keamanan dinikmati rakyat hari ini bukan sesuatu datang dengan mudah.Terletak di Kompleks Tugu Negara, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur, Tugu Negara terus menjadi antara mercu tanda penting dalam sejarah negara.Monumen ini terdiri daripada tujuh patung gangsa, setiap satunya membawa simbol tersendiri tentang keberanian, pengorbanan, kepimpinan, persatuan dan kesediaan berjuang demi sebuah negara.Gabungan tujuh figura itu menggambarkan semangat perwira berdiri bersama, bersatu hati dan sanggup berkorban demi mempertahankan tanah air.Istiadat pembukaan Tugu Peringatan Negara pada 1966, detik bersejarah mengabadikan penghormatan buat para perwira tanah air. - Foto Arkib Negara MalaysiaIdea pembinaannya tercetus daripada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selepas beliau melihat sendiri Memorial Iwo Jima di Amerika Syarikat.Beliau kemudian mendapatkan khidmat Felix de Weldon, pengukir kelahiran Austria yang turut menghasilkan Memorial Iwo Jima atau USMC War Memorial di Virginia, Amerika Syarikat, untuk menghasilkan Tugu Negara di Kuala Lumpur.Pembinaan Tugu Negara menelan belanja sebanyak 1,245,004.22 AS Dolar (RM5,012,382) hasil kutipan dana dari tahun 1961 hingga 1965.Namun, sejarah Tugu Negara turut melalui detik hitam apabila sebahagiannya mengalami kerosakan sebahagiannya apabila diletupkan oleh pengganas Komunis pada 6 Ogos 1975.Monumen itu kemudiannya dibaik pulih dan siap semula pada 11 April 1977.Kisah tersebut menjadikan Tugu Negara bukan sekadar monumen bagi memperingati sejarah, malah sebahagian daripada sejarah negara perlu terus dipelihara.Antara detik hitam dalam sejarah Tugu Negara selepas sebahagian monumen itu rosak akibat serangan pada 1975.Pada 3 Julai lalu, Amerika Syarikat dalam memaklumkan akan menyumbang RM1 juta bagi projek restorasi Tugu Negara.Kuasa Usaha Kedutaan AS, David H Gamble Jr berkata sumbangan kerajaan dan rakyat AS itu diberikan sebagai hadiah kepada Malaysia bersempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan negara ke-70 pada tahun depan.Katanya, sumbangan itu membawa nilai sejarah tersendiri kerana Tugu Negara memiliki persamaan dengan Iwo Jima Memorial di Washington, D.C. yang turut mendapat sentuhan pengukir sama, Felix de Weldon.David berkata persamaan antara kedua-dua monumen itu menjadi sebahagian daripada hubungan sejarah antara Amerika Syarikat dan Malaysia.Kerja-kerja restorasi monumen berkenaan akan dijalankan oleh pihak Malaysia dengan kerjasama kerajaan bagi memastikan dana yang diterima menyokong projek pemulihan mengikut keutamaan negara.Semangat patriotik terus disemai apabila generasi hari ini menghayati sejarah dan pengorbanan wira negara.Tugu Negara akhirnya mengingatkan kita kepada satu perkara jauh lebih besar daripada sekadar sejarah.Sebuah negara tidak hanya dibina dengan bangunan dan pembangunan, tetapi didokong pengorbanan, keberanian serta kesatuan hati rakyatnya.Hari ini, ketika Jalur Gemilang berkibar megah dan rakyat menikmati kehidupan dalam sebuah negara berdaulat, nama para perwira tidak seharusnya sekadar tinggal dalam buku sejarah.Selagi Tugu Negara berdiri, selagi itulah kisah pengorbanan mereka wajar terus diceritakan kerana kemerdekaan bukan sekadar untuk diraikan.Kemerdekaan adalah amanah untuk dihargai, dipertahankan dan diwariskan kepada generasi seterusnya di mana Tugu Negara terus berdiri teguh sebagai saksi.