SETIAP kali menjelang 31 Ogos, semangat patriotik selalunya datang bersama rasa ingin tahu tentang sejarah tanah air, termasuk perkara yang kita guna dan pegang setiap hari tanpa sedar.Salah satunya ialah Ringgit Malaysia, mata wang yang digunakan setiap hari untuk membeli keperluan, membayar bil dan melakukan pelbagai urusan. Namun, di sebalik kepingan wang kertas dan syiling yang sentiasa bertukar tangan, tersimpan lipatan sejarah yang cukup unik untuk diterokai.Tahukah anda, nama 'Ringgit' yang digunakan hari ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan wang perak Sepanyol yang pernah beredar dan digunakan secara meluas pada zaman dahulu.Lebih menarik, mata wang Malaysia juga pernah menggunakan simbol '$' sebelum akhirnya ditukar kepada 'RM' yang kita kenali sehingga kini.1. Nama Ringgit ada kaitan dengan wang perak SepanyolNama Ringgit dipercayai berasal daripada keadaan fizikal wang perak Sepanyol yang mempunyai sisi bergigi.Wang tersebut digunakan secara meluas pada zaman dahulu dan istilah Ringgit kemudiannya dikaitkan dengan mata wang yang digunakan di rantau ini.Bermula Ogos 1975, nama Ringgit diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia.2. Dulu bukan Ringgit dalam semua bahasaSebelum 1975, mata wang Malaysia dikenali sebagai dollar dalam bahasa Inggeris dan Ringgit dalam bahasa Melayu.Walaupun istilah Ringgit sudah biasa digunakan dalam bahasa Melayu, ia hanya diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang negara pada Ogos 1975.3. Simbol '$' pernah digunakanJika hari ini kita begitu sinonim dengan simbol RM, sebenarnya simbol $ pernah digunakan untuk mata wang Malaysia.Penggunaan simbol tersebut berterusan selepas nama Ringgit diterima secara rasmi.Namun pada 1993, simbol '$' ditukar kepada RM bagi merujuk kepada Ringgit Malaysia dan kekal digunakan sehingga hari ini.4. Syiling 1 senRamai mungkin tidak menyedari syiling 1 sen yang pernah digunakan dalam urusan harian sudah lama dihentikan.Penggunaan syiling berkenaan ditamatkan pada 1 April 2008 susulan pengenalan mekanisme membundarkan jumlah bayaran kepada nilai lima sen terhampir.Mekanisme ini hanya melibatkan jumlah keseluruhan pembayaran tunai, bukan harga setiap barangan secara individu.5. Ini denominasi Ringgit MalaysiaHari ini, wang kertas Ringgit Malaysia terdiri daripada RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.Manakala bagi wang syiling pula terdapat nilai 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.Daripada nama yang mempunyai kaitan dengan wang perak Sepanyol sehinggalah perubahan simbol daripada $ kepada RM, mata wang Malaysia ternyata menyimpan sejarah yang jauh lebih bernilai daripada sekadar alat transaksi bayaran.