suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 tahun tak gosok gigi, lelaki merana terlantar di hospital akibat masalah oral... Ini kepentingan jaga ‘pintu’ kesihatan tubuh!

Tidak memberus gigi boleh membawa kepada masalah kesihatan lebih serius. -Gambar hiasan AI

SEBUAH video memaparkan seorang lelaki sedang terlantar dan menerima rawatan di hospital tular di media sosial sejak Rabu.

Video yang dikongsikan pengguna dikenali sebagai Ira Sari itu mendakwa lelaki berkenaan kini menerima rawatan hospital gara-gara tidak pernah memberus gigi selama kira-kira 10 tahun.

Menurutnya, keadaan itu pada awalnya hanya menyebabkan masalah seperti bau mulut sebelum dikatakan menjadi semakin serius apabila gigi rosak, gusi berdarah dan bakteria berkumpul di dalam mulut.

"Banyak orang mengganggap masalah gigi tu perkara boleh diambil ringan. Padahal mulut adalah 'pintu' masuk kesihatan tubuh. 

"Kes seperti ini menjadi peringatan kesihatan mulut tidak boleh diabaikan. Kalau sering sakit gigi, gusi bengkak, berdarah atau bau mulut tidak hilang... rawat sebelum masalah menjadi serius," tulisnya dalam hantaran di TikTok.

Bagaimanapun, keadaan sebenar lelaki tersebut serta punca dia menerima rawatan di hospital tidak dapat dipastikan berdasarkan video berkenaan sahaja.

Perkongsian itu bagaimanapun menarik perhatian mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan mulut yang sering dianggap perkara kecil.

Masalah seperti sakit gigi, gusi bengkak, gusi berdarah atau bau mulut yang berterusan tidak seharusnya dibiarkan tanpa pemeriksaan.

Gosok gigi dua kali sehari

Menurut panduan American Dental Association (ADA), orang ramai disarankan memberus gigi dua kali sehari selama dua minit setiap sesi menggunakan berus gigi berbulu lembut dan ubat gigi berfluorida.

Berus gigi perlu digunakan secara lembut pada sudut kira-kira 45 darjah menghala ke garisan gusi, selain membersihkan bahagian luar, dalam dan permukaan kunyahan gigi serta lidah.

Selain itu, berus gigi disarankan untuk mengganti alat tersebut setiap tiga hingga empat bulan atau lebih awal sekiranya bulunya sudah kembang atau rosak.

Selepas menggosok gigi, lebihan ubat gigi boleh diludahkan tanpa terus berkumur dengan air supaya fluorida yang masih berbaki dapat membantu menguatkan enamel gigi.

Justeru, sekiranya masalah gigi berterusan, sebaiknya dapatkan pemeriksaan daripada doktor gigi dan jangan menunggu sehingga keadaan menjadi lebih serius.

Artikel Lain

Joey BPR meninggal dunia