suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan ghairah beli barang! Pereka hiasan dalaman kongsi 5 perkara wajib buat sebelum mula ubah suai rumah baharu

Rancang awal supaya rumah lebih praktikal dan selesa selepas renovasi dibuat. -Gambar hiasan AI

BAGI pemilik rumah yang baru menerima kunci, perancangan awal amat penting supaya setiap ruang bukan sahaja cantik dipandang, tetapi turut praktikal dan selesa untuk kegunaan harian. 

Terdapat beberapa perkara asas perlu diberi perhatian terlebih dahulu sebelum pemilik rumah mula memikirkan soal dekorasi dan kemasan bahagian dalam kediaman.

Menurut pereka hiasan dalaman yang hanya mahu dikenali sebagai Naj, terdapat lima perkara utama yang wajar diperhalusi terlebih dahulu sebelum mula melakukan renovasi.

1. Tentukan susunan perabot

Sebelum mula membeli perabot, fikirkan terlebih dahulu kedudukan sofa, televisyen, meja makan dan perabot utama yang lain.

Susunan ini penting bagi memastikan pergerakan dalam rumah tidak terganggu selain setiap ruang dapat digunakan dengan baik.

2. Rancang kedudukan plug dan suis

Kedudukan soket elektrik dan suis juga perlu disesuaikan dengan susunan perabot serta barangan elektrik bakal digunakan.

Jangan sampai selepas renovasi siap, baru sedar plug terlindung di belakang kabinet atau berada di lokasi sukar dicapai.

3. Pencahayaan

Setiap ruang mempunyai fungsi berbeza, jadi pencahayaan perlu dirancang mengikut kegunaan ruang tersebut.

Pencahayaan yang sesuai untuk ruang tamu misalnya mungkin tidak sama dengan dapur, bilik tidur atau ruang kerja.

4. Tentukan keperluan ruang penyimpanan (storage)

Naj turut menasihatkan pemilik rumah supaya melihat dahulu barang yang memang sudah dimiliki sebelum membuat kabinet penyimpanan.

Tidak semestinya semakin banyak kabinet, semakin praktikal sesebuah rumah.

Storage perlu dirancang berdasarkan keperluan sebenar supaya ruang tidak menjadi sempit atau membazir.

5. Pilih material bukan sekadar kerana cantik

Material atau jenis bahan dipilih pula perlu mengambil kira aspek ketahanan, penjagaan dan kesesuaiannya dengan ruang.

Jangan hanya memilih sesuatu material kerana nampak cantik, tetapi akhirnya sukar dijaga atau tidak sesuai untuk kegunaan harian.

Selepas lima perkara ini jelas, barulah lebih mudah untuk menentukan konsep, reka bentuk dan elemen dekorasi yang sesuai.

Bagi Naj, prinsip penting dalam mereka bentuk rumah adalah pemilik tidak seharusnya merancang kediaman berdasarkan barang  ingin dibeli.

Sebaliknya, perancangan adalah berdasarkan cara mereka mahu menjalani kehidupan di dalam rumah tersebut.

Artikel Lain