Antara usahawan mikro BSN dan peserta yang memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-69 menerusi kempen Cerita Mereka, Jiwa Malaysia pada Jumaat.
SEMANGAT keusahawanan rakyat Malaysia terus diserlahkan menerusi kempen Cerita Mereka, Jiwa Malaysia yang melabuhkan tirainya dengan penganjuran Karnival BSN Mikro Madani pada Jumaat.Berlangsung di Wisma BSN, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, karnival berkenaan menghimpunkan usahawan mikro yang disokong Bank Simpanan Nasional (BSN) bersama komuniti setempat sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69. Menerusi kempen berkenaan, BSN mengetengahkan 69 usahawan mikro daripada pelbagai latar belakang dan budaya, masing-masing dengan kisah serta perjalanan tersendiri dalam membina sumber pendapatan melalui perniagaan. Tetamu kehormat bersama warga BSN dan komuniti yang hadir mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat patriotik.Bukan sekadar membina perniagaan untuk diri sendiri, usaha golongan itu turut membuka peluang dan memberi manfaat kepada komuniti di sekeliling mereka.Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kisah perjalanan usahawan Mikro-i Madani di bawah BSN merupakan kejayaan yang wajar diraikan dan boleh menjadi inspirasi kepada usahawan lain."Kisah perjalanan usahawan mikro BSN ini adalah kejayaan yang wajar kita raikan agar dapat terus menjadi inspirasi untuk usahawan lain.Tetamu kehormat melawat reruai usahawan mikro BSN sambil melihat produk dipamerkan sempena Karnival BSN Mikro Madani."Kejayaan 69 usahawan mikro yang diketengahkan ini mewakili hampir 180,000 usahawan mikro BSN, yang membuktikan komitmen BSN untuk terus memperkukuh asas pertumbuhan ekonomi negara"Mereka adalah nadi pembangunan ekonomi negara yang melambangkan semangat keusahawanan rakyat Malaysia. Dengan pelbagai sokongan dan inisiatif kerajaan, saya yakin usaha ini membantu mereka membina perniagaan lebih mampan," katanya.Majlis tersebut berlangsung meriah dengan pelbagai pengisian acara sempena sambutan Hari Kebangsaan.ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal dunia korporat di London demi secawan kopi, kisah pemuda bina ‘Sprezza Coffee’ dari bawah penuh inspirasiIa dimulakan dengan acara flag-off kontinjen kawad kaki BSN sebelum tetamu dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Shah Alam.Tetamu kemudiannya dipertontonkan tayangan video Hari Kebangsaan BSN bertemakan Cerita Mereka, Jiwa Malaysia. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstarmalaysia)Suasana majlis bertambah menarik dengan persembahan lagu Raikan Cinta oleh penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M. Nasir bersama kumpulan busker Ramayan.Kemuncak sambutan diserikan dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang serta laungan kemerdekaan yang bergema penuh semangat patriotik.Persembahan istimewa M. Nasir bersama buskers kumpulan Ramayan memeriahkan acara sambutan.Karnival itu turut menampilkan pelbagai pameran dan aktiviti yang membolehkan pengunjung mengenali para usahawan serta produk yang ditawarkan.Dalam masa sama, program literasi kewangan turut diadakan khusus untuk usahawan kurang upaya (OKU) daripada MyOKU Preneur serta usahawan desa di bawah Kemas, Khadijah Artisans dan Usahanita. Pemangku Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rashid berkata, menerusi Cerita Mereka, Jiwa Malaysia, pihaknya mahu meraikan kisah usahawan serta impak positif dihasilkan melalui keusahawanan dalam komuniti.Usahawan mikro BSN, Mirwan Badri memperkenalkan produk kopi kepada pengunjung sempena Karnival BSN Mikro Madani."Menerusi Cerita Mereka, Jiwa Malaysia, kami ingin meraikan kisah-kisah ini serta impak positif yang dapat dihasilkan melalui keusahawanan dalam komuniti."Di BSN, sokongan kami tidak terhad kepada pembiayaan semata-mata. Kami mahu melangkah seiring bersama usahawan dalam perjalanan mereka membina perniagaan serta mewujudkan lebih banyak peluang untuk komuniti di sekeliling mereka," katanya.Sebagai sebahagian daripada kempen itu, hampir 5,000 pemegang cawan atau cup sleeve edisi khas bertemakan batik turut diedarkan kepada pelanggan di seluruh negara.Persembahan pelajar SMPKV Shah Alam menceriakan suasana sambutan dengan tarian berlatarkan kepelbagaian budaya Malaysia. -Foto The Star/ Low Boon TatCup sleeve berkenaan diinspirasikan daripada motif batik uniform teller BSN dan dihasilkan menerusi sentuhan kreatif pelajar SMPKV Shah Alam, yang merupakan Sekolah Angkat Madani BSN 2025. Inisiatif itu turut menjadi ruang untuk para pelajar berkongsi bakat dan hasil kreativiti mereka dengan masyarakat, selain menghubungkan elemen keusahawanan dengan kreativiti.Seiring dengan berakhirnya kempen tersebut, BSN kekal komited menyokong usahawan mikro pada setiap peringkat perjalanan mereka bagi membantu meningkatkan kelestarian perniagaan serta memperkukuh ekonomi dan komuniti setempat.