suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mak ajar terbalikkan periuk sebelum beli, ada sebab kena pilih cop bertanda ‘cop 18/10’

Teliti bahagian bawah sebelum membuat pilihan ketika membeli kuali.

SATU perkongsian mengenai tip memilih periuk stainless steel atau tahan karat mencuri perhatian apabila seorang wanita berkongsi ilmu yang diajar arwah neneknya.

"Mak saya baru bocorkan satu tip yang arwah nenek ajar. Kalau nak beli periuk, terbalikkan periuk. Cari cop 18/10 dekat bahagian buntut periuk. Saya dah faham kenapa," katanya.

Bagi yang sering terlihat nombor 18/10 pada bahagian bawah periuk, angka tersebut sebenarnya mempunyai maksud tertentu sebagaimana dikongsikan portal Crystalia.

1. 18/10 merujuk kepada komposisi bahan

Stainless steel dihasilkan daripada besi yang dicampurkan dengan unsur tertentu, termasuk kromium dan nikel, bagi meningkatkan ketahanan terhadap kakisan.

Untuk jenis 18/10, angka tersebut merujuk kepada kira-kira 18 peratus kromium dan 10 peratus nikel.

Kromium membantu menjadikan keluli lebih tahan terhadap karat dan kakisan, manakala nikel turut menyumbang kepada ketahanan serta kemasan yang lebih berkilat.

2. 18/10 sering digunakan pada peralatan dapur

Kandungan kromium dan nikel menjadikan 18/10 sesuai digunakan untuk pelbagai peralatan dapur seperti periuk, kutleri dan perkakas makanan.

Berbanding 18/8 yang mempunyai sekitar lapan peratus nikel, 18/10 mempunyai kandungan nikel lebih tinggi.

Secara umum, kandungan nikel membantu meningkatkan ketahanan stainless steel terhadap kakisan.

3. Alasan pilih cop 18/10

Cop 18/10 boleh dijadikan salah satu petunjuk ketika memilih periuk stainless steel, khususnya bagi pengguna yang mengutamakan ketahanan terhadap kakisan dan kemasan.

Namun, kualiti keseluruhan periuk turut bergantung kepada faktor lain seperti ketebalan bahan, pembinaan, dasar periuk dan standard pengeluar.

Jadi, sebelum membeli periuk tahan karat, tidak salah untuk terbalikkan periuk dan periksa bahagian bawahnya.

Jika terdapat tanda 18/10, pengguna sekurang-kurangnya boleh mengetahui bahan tersebut mengandungi kira-kira 18 peratus kromium dan 10 peratus nikel.

Artikel Lain