Kawasan persekitaran rumah terutama di bahagian belakang jarang dititikberatkan sehingga mampu mengundang kehadiran haiwan liar atau perosak. -Gambar hiasan AI
KEHADIRAN haiwan liar di sekitar rumah sememangnya membahayakan keselamatan sama ada kepada penghuninya mahupun binatang peliharaan. Antara haiwan yang sering muncul di kawasan kediaman ialah ular yang lazimnya hadir untuk mencari makanan, air atau tempat berlindung. Tanpa disedari, terdapat beberapa keadaan di sekitar rumah yang boleh menarik reptilia berkenaan untuk mendekati kediaman.Daripada kawasan berair hinggalah timbunan daun kering, berikut lima perkara yang perlu diberi perhatian bagi mengurangkan risiko reptilia ini menjadi 'tetamu yang tidak diundang'. 1. Kolam dan kawasan berairKolam, pancuran atau hiasan air mungkin mencantikkan halaman rumah, tetapi kawasan berkenaan turut boleh menarik kehadiran ular.Ini kerana kawasan berair lazimnya menjadi tempat katak, serangga dan haiwan kecil berkumpul yang menjadi sumber makanan kepada sesetengah spesies ular.Tumbuhan air yang membiak dalam kolam juga boleh menyediakan tempat teduh untuk ular bersembunyi.Tip : Pastikan kolam dibersihkan secara berkalaRutin membersihkan persekitaran rumah secara berkala akan mengurangkan risiko kehadiran 'tetamu tidak diundang'. -Gambar hiasan AI2. Tumbuhan tutup bumiTumbuhan penutup bumi yang terlalu padat atau merimbun boleh menghasilkan kawasan yang sejuk, lembap dan terlindung, iaitu satu keadaan yang sesuai untuk ular bersembunyi.Pada masa sama, ia boleh menarik serangga dan haiwan kecil yang menjadi makanan ular.Tip: Pangkas tumbuhan secara berkala, bersihkan daun kering serta pastikan kawasan sekitar rumah tidak dipenuhi tumbuhan yang terlalu padat.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ghairah beli barang! Pereka hiasan dalaman kongsi 5 perkara wajib buat sebelum mula ubah suai rumah baharu3. Pokok dan semak yang terlalu rimbunPokok yang menghasilkan buah boleh menarik burung, serangga serta haiwan kecil, sekali gus menyediakan sumber makanan kepada ular.Rumput yang terlalu panjang dan halaman yang tidak terurus pula boleh menjadi tempat tikus bersarang.Keadaan ini secara tidak langsung meningkatkan kemungkinan ular datang mencari makanan.Tip: Rapikan rumput atau lalang dan pangkas dahan yang terlalu panjang.4. Timbunan daun dan bahan reputTimbunan daun kering, kompos dan bahan organik yang sedang mereput boleh menghasilkan kawasan yang lembap dan hangat.Keadaan tersebut menggalakkan serangga serta tikus berkumpul, yang kemudiannya boleh menarik ular untuk memburu.Tip: Jangan lupa sentiasa kemas halaman depan atau belakang rumah, lebih-lebih lagi jika terdapat timbunan bahan binaan seperti kayu atau perabot terbiar.5. Tumbuhan yang mempunyai bau kuatRamai beranggapan tumbuhan berbau kuat seperti bunga kekwa, melur atau bunga kesidang mampu menghalau ular.Namun, bau sahaja bukan kaedah yang terbukti berkesan untuk mencegah ular.Malah, sesetengah tumbuhan boleh menarik serangga dan haiwan kecil ke kawasan rumah, yang secara tidak langsung boleh menjadi sumber makanan kepada ular.Tip: Elakkan menanam tumbuhan yang menghasilkan bunga yang mengeluarkan bau, sebaliknya ganti dengan tanaman seperti serai atau lidah jin.