suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekeluarga cemas kereta bergegar atas lebuh raya... Rupa-rupanya tayar melengkung tunggu masa meletup!

Tayar adalah salah satu komponen penting yang perlu diperiksa terutamanya sebelum melakukan perjalanan jauh. -Gambar hiasan AI (kiri)

PERKARA paling utama sebelum melakukan perjalanan jauh adalah dengan memastikan kita dan keluarga selamat sampai ke destinasi.

Justeru, aspek keselamatan kenderaan tidak seharusnya dipandang ringan.

Perkongsian seorang individu di Threads yang berdepan detik mencemaskan ketika memandu pulang ke kampung, mungkin boleh dijadikan iktibar oleh pemilik kenderaan lain.

"Dalam perjalanan dari Terengganu ke Melaka. Sebelum keluar Tol Gambang, kereta mula rasa bergegar. Pandu lebih 100km/j.

"Awal-awal ingatkan keadaan jalan yang mungkin tak berapa elok menyebabkan kereta bergegar. Berhenti tepi jalan, periksa angin tayar. Empat-empat okey," tulisnya.

Disebabkan itu, ujarnya, mereka sekeluarga meneruskan perjalanan dengan kelajuan sederhana. 

Keadaan sebiji tayar hadapan yang dikongsikan individu berkenaan, menunjukkan keadaan pada bahagian dalam yang melengkung. 

Tidak sedap hati, individu tersebut sempat membuat panggilan kepada mekanik untuk meminta pandangan. 

"Dia kata aligment tayar depan lari, jadi dia cadangkan cari kedai tayar. Singgah kedai tayar terdekat di Muadzam Shah. Mekanik periksa. Sebiji tayar dalam melengkung, tunggu masa nak meletup. Tayar depan pula tu," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tabiat angkat ‘wiper’ ketika parkir tindakan sia-sia, sebaliknya komponen lain pula yang rosak

Menurut individu berkenaan, tayar tersebut baru sebulan dibeli oleh bapanya dengan harga yang murah.

"Ayah saya tergoda dengan tayar murah RM250. Guna kereta besar tapi tayar cap ayam. Sebulan je bertahan sebelum dia buat hal atas highway. Alhamdulillah, kami selamat sampai Melaka," kongsinya. 

Pengalaman berkenaan sekali gus mengingatkan pemilik kenderaan supaya tidak memandang ringan soal pemilihan tayar, terutama bagi mereka yang kerap melakukan perjalanan jauh.

Ada sebab harga tayar berbeza

Harga tayar berbeza mengikut kualitinya. Tayar premium biasanya menggunakan adunan bahan yang lebih tahan haba, mencengkam dan tidak cepat keras.

Selain itu, ia dibangunkan menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang terperinci, serta tertakluk kepada kawalan kualiti yang ketat daripada pihak pengeluar.

Menurut perkongsian sebuah pusat servis kenderaan, Maximura, tidak menjadi kesalahan jika pemilik ingin membeli tayar yang sedikit murah dan mengikut bajet sendiri. 

Namun menurutnya, pemilik sewajarnya memahami tiga perkara ini sebelum membeli tayar yang murah:

- Kereta jarang digunakan (contohnya kereta simpanan)

- Penggunaan dalam bandar, kelajuan rendah

- Sanggup tukar lebih kerap

Sangat tidak digalakkan jika:

- Memandu laju dan kerap terutamanya jarak jauh

- Cuaca tidak menentu (hujan, panas)

- Bawa anak dan keluarga. Ingat, keselamatan lebih utama.

- Beban berat selalu dibawa khususnya jenis MPV, SUV, pick-up

Artikel Lain